Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1389
View
37
Reply

[Tempatan] Dalam keterangan mahkamah, 46 kali Najib kata 'tak tahu'

[Copy link]

Author: Knights       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-12-2019 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Dalam keterangan mahkamah, 46 kali Najib kata 'tak tahu'
News  |  Diterbitkan Hari ini 7:06 malam  |  Dikemaskini Hari ini 7:06 malam
A+
A-
KES SRC NAJIB | Najib Razak, bekas perdana menteri pertama yang masuk ke kandang tertuduh dalam sejarah negara, selesai membaca pernyataan bertulis bagi kes SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Sepanjang tiga hari yang diperlukan untuk menghabiskan pernyataan bertulis 243 halaman itu, tema yang berulang bagi Najib adalah beliau tidak tahu apa yang berlaku dengan akaun banknya.

Berdasarkan pernyataan bertulis itu, paling kurang 46 kali bekas menteri kewangan itu berkata beliau tidak tahu atau tiada pengetahuan dalam perkara berkenaan kes SRC International terhadapnya.

Selain itu, paling kurang lapan kali Najib berkata beliau "terkejut" apabila maklumat berkenaan perkara itu dimaklumkan kepadanya, kebanyakannya berkenaan ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, yang membuat keputusan berkenaan dalam soal akaun bank beliau.
Iklan


Malaysiakini melihat beberapa contoh perkara yang didakwa Najib sebagai tidak tahu atau tiada pengetahuan, serta perkara yang mengejutkannya, sepanjang tiga hari memberi keterangan.

Apa yang Najib kata tidak tahu

1) Berkenaan SRC International diasaskan oleh Nik Faisal Ariff Kamil dan Vincent Koh Beng Huat, dan hanya dipindahkan ke 1MDB pada Ogos 2011.

"Tidak, saya tiada apa-apa pengetahuan tentang perkara ini. Saya juga tidak pada mana-mana masa berjumpa sama ada dengan Nik Faisal ataupun Vincent Koh Beng Huat berkenaan SRC.

"Tidak, saya tidak tahu menahu tentang perkara ini dan hal ini adalah tidak konsisten dengan apa yang ditunjukkan kepada saya oleh 1MDB."


Nik Faisal Ariff Kamil
2) Berkenaan SRC mahu membuat pinjaman RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), tetapi sebaliknya menulis surat permohonan kepada Najib.

"Tidak, saya tidak menyedari bahawa SRC merancang untuk memohon pinjaman RM3.95 bilion mahupun diberitahu bahawa surat ini akan dihantar kepada saya."

3) Rancangan SRC untuk menggunakan wang RM1.5 bilion untuk satu projek usaha sama.

" Seperti yang saya nyatakan di atas, saya juga tidak tahu menahu tentang JV (usaha sama) Aabar-SRC sehingga ia telah dilaporkan kepada saya sebagai sesuatu yang telah diselesaikan oleh Lembaga pengarah."

4) Berkenaan dokumen dikatakan daripada Najib yang memberi arahan kepada SRC International tentang bagaimana untuk menggunakan dananya.

"Ia tidak akan menjadi kebiasaan saya untuk menandatangani dokumen-dokumen ini kerana perkara-perkara ini bersifat operasi dan harus melalui resolusi Pengarah. Saya juga tidak tahu sama ada dokumen ini dirujuk kepada BMKD (Bahagian Menteri Kewangan Diperbadankan)."

5) Tindakan SRC mengeluarkan cek berjumlah RM53 juta kepada Mail Global Resources. Menurut laporan sebelum ini, firma misteri itu dimiliki oleh seorang individu yang menunaikan cek tersebut.

"Saya tidak menyedari hal ini pada ketika itu. Saya tidak tahu apakah peranan Mail Global Resources. Saya tidak faham mengapa Dennis See boleh mengarahkan Dr Shamsul berkenaan ini. Saya hanya mendapat tahu akan hal yang sama apabila ianya ditunjukkan kepada saya oleh peguam apabila perbicaraan ini bermula."

6) Berkenaan hubungan Najib dengan pengurus Ambank, iaitu Joanna Yu, Daniel Yee dan Krystal Yap.

"Tidak. Saya tidak pernah berurusan atau berkomunikasi secara peribadi dengan mana-mana individu-individu tersebut. Pada ketika itu saya ada mengarahkan (setiausaha politiknya ketika itu) Dato Azlin Alias untuk membuat kawalan dan mengawal selia dan menguruskan akaun 694 dan untuk berurusan dengan Jho Low dalam memastikan bilakah derma itu akan dimasukkan."


Joanna Yu
7) Berkenaan Jho Low yang memberi arahan kepada pegawai Ambank yang mengendalikan akaun Najib.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pada bila-bila masa memberi kuasa kepada Jho Low untuk berurusan dengan Ambank berkenaan dengan hal Akaun 694."

8) Kemasukan dana dalam akaun bank Najib.

"Saya tidak tahu berkenaan dengan butiran bagi setiap satu dan semua transaksi kredit ke Akaun 694 pada ketika itu. Akan tetapi, sebagaimana yang saya sebutkan, saya diberitahu secara berkala oleh Dato Azlin berkenaan dengan wang yang dimasukkan daripada luar negara dalam matawang USD yang mana maklumat yang beliau katakan diberitahu oleh Jho Low."


Azlin Alias
9) Identiti pihak yang menghantar dana ke dalam akaun Najib antara 2011 dan 2013.

"Kecuali sebagaimana dinyatakan di dalam surat ini, saya tidak tahu menahu berkenaan dengan identiti khusus penghantar dan transaksi pemindahan wang tertentu. Saya bagaimanapun diberitahu bahawa kesemua pemindahan wang asing ke dalam Akaun 694 adalah pada sepanjang masa dilaporkan kepada Bank Negara. Tiada apa-apa yang dibangkitkan kepada saya oleh Bank Negara pada ketika itu."

10) Berkenaan sumber dana Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M). Menurut laporan sebelum ini, YR1M menerima dana antaranya daripada Genting, yang mendapat urus niaga amat menguntungkan daripada 1MDB.

" Saya tidak tahu secara pastinya memandangkan YR1M diuruskan oleh lembaga pemegang amanahnya sendiri tetapi apa yang saya faham adalah bahawa YR1M menerima derma dan sumbangan daripada beberapa syarikat korporat."

11) Berkenaan akaun bank Najib yang dikeluarkan amaran pengubahan wang haram

"Saya tidak tahu akan kejadian ini. Sekiranya saya mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai perkara ini, saya akan dengan serta-merta membuat semakan berkenaan transaksi-transaksi di dalam akaun-akaun baru kerana ia akan menunjukkan bahawa saya tidak dimaklumkan mengenai perkara sebenar."

12) Kemasukan dana SRC International dalam akaun bank Najib

"Saya dengan rendah diri menyatakan bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan atau penglibatan di dalam transaksi atau keadaan yang menyebabkan dana SRC disalurkan ke dalam akaun saya dan kemudiannya dimasukkan ke dalam PBSB (Permai Binaraya Sdn Bhd) dan PPC (Putra Perdana Construction)."

Apa yang Najib kata mengejutkannya

1) Berkenaan pihak bank berurusan dengan Jho Low

"Saya terkejut kenapa bank hendak berhubung dengan Jho Low apabila beliau tidak diberi kuasa dalam apa jua keadaan oleh saya."

2) Berkenaan pengeluaran melebihi wang dalam akaun Najib

"Saya terkejut. Saya tidak pernah memberikan kebenaran kepada Dato Azlin, Nik Faisal atau pun Jho Low untuk melakukan tindakan sedemikian. Saya tidak pernah diberitahu mengenai keadaan overdrawn akaun-akaun saya."

3) Kemasukan dana SRC dalam akaun Najib

"Saya sesungguhnya benar-benar terkejut dengan laporan akhbar yang mendakwa bahawa dana SRC telah disalurkan ke dalam akaun saya melalui IPSB (Ihsan Perdana Sdn Bhd) dan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan ini pada waktu itu."

Najib kini dibicarakan untuk tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Kes itu dibicarakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2019 08:10 PM | Show all posts
@dino
@sarah82
@tobby
@harizs
@adm7
@arnauld
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2019 08:11 PM | Show all posts
Inilah bezanya hanya berani di twitter, tapi depan hakim langsung tak tahu..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2019 08:12 PM | Show all posts
Coklat hilang tau,beli bag tau,bayar wang tau,pakai wang,wang dlm account taktau taktau taktau
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2019 08:12 PM | Show all posts
Nak selamatkan dia.......anak2 boleh mulakan saman sakit mental macam anak Samy Velu buat.....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2019 08:13 PM | Show all posts
Tak tahu...Terkejut...Tak tahu...Terkejut..Tak tahu...Terkejut....Tak Tahu...Terkejut...Tak tahu...Terkejut...Tak Tahu...Terkejut...Tak tahu...Terkejut...Tak tahu...Terkejut...Saya Tak tahu......Saya terkejut....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2019 08:14 PM | Show all posts
Lepas ni boleh panggil....'Boss kurr,Tak Tau"....sesekali "Boss kurr,Terkejut"..hehehe
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2019 08:15 PM | Show all posts
klu siapa2 yg ada kes mahkamah.jawab jee saya tak tahu. saya terkejut. terkejut apa bosskurrrr
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula dah terlepas pencacai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
haha... berita msiakini bleh die percaya haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 08:34 PM | Show all posts
duit rakyat saja, tak care. Itu sebab tak tau.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
najib mesti segera dipenjarakan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 08:44 PM | Show all posts
dia belajaq daripada mentoq dia Tun M la...wakakakakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu tun blh ckp tak ingat.....dah lupa sbb dah lama dahh....apa salah DSN ckp tak tau....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 09:09 PM | Show all posts
Knights replied at 9-12-2019 08:40 PM
najib mesti segera dipenjarakan

TT nak alihkan dari isu parti semburit le tewww  


"Memang betul video semburit tu Azmin" - Anwar beritahu Zuraida


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
takpe..bawak la jawapan tak tahu tu smpi dlm kubur nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 09:46 PM | Show all posts
Dr Mahathir tak tahu ada perbincangan ambil alih FGV
'Jika wujud, babitkan Felda dengan Syed Mokhtar bukan kerajaan'

LANGKAWI, 12 Rabiulakhir 1441H, Isnin C Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui adanya perbincangan mengenai pengambilalihan sebahagian kepentingan dalam FGV Holdings Bhd (FGV) oleh pihak ketiga seperti didakwa seorang pemimpin Pakatan Harapan, hari ini.
Beliau berkata, sekiranya perbincangan itu wujud, ia mungkin membabitkan Felda dengan pihak yang didakwa tersebut iaitu tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan tidak melibatkan kerajaan.




Saya tak tahu apa-apa, kata Dr Mahathir

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau tidak tahu mengenai penyebaran video 'intim' yang didakwa mirip seorang menteri Kabinetnya.
Katanya, beliau hanya tahu mengenai perkara itu selepas ditanya wartawan hari ini.




Tak Tahu, Tak Ingat, Tak Siapa Beritahu.. Kata Mahathir Kepada RCI Forex
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan keterlibatannya terhadap dagangan mata wang antarabangsa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga menyebabkan kerugian berjumlah lebih RM30 bilion.

Beliau ketika membacakan keterangannya dihadapan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkata, Menteri Kewangan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert tidak melaporkan kerugian yang dialami oleh BNM.

Beberapa bulan seleas pembentangan di Parlimen, saya ada berjumpa dengan Anwar dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert di Pejabat Perdana Menteri, sekitar 1993.

Bagaimanapun, saya tidak ingat angka RM30 billion disebut. Apa yang saya ingat ialah angka dalam lingkungan RM5 billion yang disebut. Malah saya juga hanya dimaklumkan secara lisan, katanya.

Dr Mahathir adalah saksi ke-24 yang dipanggil RCI bagi menyiasat dalang disebalik kerugian BNM disamping menentukan samaada kes berkenaan perlu disiasat di mahkamah atau sebaliknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 09:48 PM | Show all posts
. Sama... tapi tak serupa.. hat tu laeeennnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 09:50 PM | Show all posts
Sedih nau kene komen kt thread sendiri nk bagi sokongan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun M x nak jawab bapa JhLow kroni dia ka? Ka dah lupa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092693s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list