Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
58663
View
2016
Reply

Aliputeh berkrisis dgn balu Abam (video) penjelasan ali (LIVE PC) NOW

 Close [Copy link]

Author: mixed    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-2-2020 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mixed at 21-2-2020 04:41 PM

Jangan dengar sebelah pihak


Share

Tweet













ALI menjelaskan isu sebenar dari sisinya.










Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my



PELAWAK, Ali Puteh menerusi temubual di akaun Instagram @officialriax meminta semua pihak supaya tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja mengenai isu kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang dikatakan dianiaya oleh keluarga Ali selepas kematian Allahyarham Abam Bocey.
Dalam temu bual itu, Ali menjelaskan hal sebenar yang membuatkannya mengeluarkan kenyataan berbaur emosi dan kasar di Instagram terhadap Nurhidayah, semalam.
"Yang membangkitkan kemarahan saya adalah, sampai saya dihina. Kalau nak pergi berikan sumbangan, silakan. Tapi, bila balu arwah bercerita perkara yang tidak sepatutnya, itu menimbulkan fitnah sehingga ada yang menganggap saya dan keluarga ingin membolot harta arwah.
"Jangan dengar daripada sebelah pihak untuk elak fitnah berlaku. Ketika video temubual itu tular, saya sendiri pun tak tahu. Jadi, bila saya periksa, kami sekeluarga mendapat cemuhan.



"Itu sebabnya saya keluarkan perkataan (kasar) sebegitu. Kalau orang luar tahu perkara sebenar yang berlaku, mesti mereka akan lebih marah daripada saya," katanya.
Dalam video berdurasi hampir 30 minit itu, Ali menjelaskan satu persatu perkara yang disebut oleh Nurhidayah dalam video temubual bersama Datuk Seri Aliff Syukri itu.
"Sejak hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang.
"Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ.
"Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, arwah dah belikan telefon bimbit," katanya.
Untuk isu berkaitan dompet Abam yang diambil daripada Nurhidayah, Ali memaklumkan tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat kad ahli Seniman.
"Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kematian.
"Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwah tak ada tinggalkan apa-apa.
"Mustahil kerana saya bersama arwah selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.
"Dia juga pegang kad bank arwah. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takut saya ambil duit dari akaun arwah, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah meninggal, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid," katanya.
Menyambung sesi temu bual, Ali bercerita mengenai isu kereta yang ditimbulkan Nurhidayah.
"Arwah ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan arwah yang susun dan beli. Bila dia meninggal dunia, itu adalah hutang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar.


"Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah MyVi yang disambung bayar oleh arwah daripada pakcik kami. Sebelum arwah meninggal, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hutang.
"Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan MyVi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini," katanya.
Isu lain adalah mengenai Nurhidayah yang didakwa terpaksa membawa anak ke klinik dengan menaiki Grab.
"Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwah bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.
"Jadi, pemandu arwah membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki MyVi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta," katanya.
Menyentuh mengenai dakwaan yang mengatakan Nurhidayah dihalau keluar dengan sehelai sepinggang, Ali menafikan perkara itu.
"Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hukum, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya.
"Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh arwah meninggal dunia dan nak diadakan majlis tahli. Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga.
"Untuk isu sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik arwah. Semuanya dibawa bersama," katanya.
Kata Ali, sebagai orang Islam, dia tahu hukum agama mengenai hak waris dan keluarga si mati.
"Dalam hukum agama, walaupun harta yang ada cuma RM1, itu pun faraid. Faraid yang saya tahu, ada tiga bahagian. Satu perenam adalah untuk ibu, satu perlapan adalah untuk isteri dan selebihnya untuk waris lelaki. Jadi, saya dan adik beradik lain tak ada hak pun dalam kesemua harta arwah.
"Cumanya, persetujuan yang dibuat pada hari kedua adalah untuk saya membantu menyusun proses faraid itu supaya lebih mudah dan dia sendiri pun bersetuju," katanya.
Menjelaskan tindakannya mengeluarkan kata-kata kasar dan beremosi terhadap Aliff, Ali berkata itu adalah sebagai pengajaran buat usahawan itu.
"Semasa kami hidup susah, kau tak ada muncul pun. Sewaktu arwah meninggal, kau tak pernah datang melawat. Bila perkara begini berlaku, macam kau jadi hero.
"Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia.
"Saya bersumpah dengan nama Allah, kalau saya bohong, cabutlah nyawa saya. Saya lagi rela mati daripada ibu saya dihina sebegini," katanya.
Ali juga menutup sesi temu bual itu dengan meminta maaf dan akan mengundur diri daripada industri sekiranya tidak diperlukan lagi.
"Harapan saya kepada semua, maafkan kami sekiranya terkasar bahasa. Saya juga maafkan semua. Janganlah dihina dan dikeji keluarga kami.
"Saya naik bukan kerana diri saya, tapi kerana Allah dan anda yang mengangkat kami adik beradik. Kalau dah tak perlukan saya, saya rela undur diri dari industri untuk jaga mak saya.
"Biar kita susah, jangan kita dihina," katanya.








Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 21-2-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mixed at 21-2-2020 03:42 PM

Dr fb xria






Video dr alip


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-2-2020 09:31 AM | Show all posts


Muhammad Nazmi
.
Suami meninggal, meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki..
.
Ibu dapat 1/6.
Isteri dapat 1/8.
Anak lelaki dapat baki keseluruhan.
Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.
.
Walaupun anak lelaki itu bawah umur.. walaupun anak lelaki itu masih kecil.. walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.. dia tetap ada hak faraid dia. Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu. Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.
.
Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?
.
Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :
.
1)Belanja pengebumian.
2)Selesaikan hutang2 si mati.
3)Badal haji jika belum menunaikan haji.
4)Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).
5)Laksanakan hibah jika ada.
6)Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu
7)Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka.
Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.
.
Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.
.
Sesungguhnya..
Perebutan harta pusaka itu benar.
Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.
Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.
Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.
Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.
.
Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.
.
Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka) (Surah An-Nisa : ayat 10)
.
#celikfaraid
#rancanghartaelaksengketa

Credit : Roslina Sabiyah & Co.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nah untuk panduan kita bersama..
FB_IMG_1582248135479.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:35 AM | Show all posts
Edited by nuril86 at 21-2-2020 01:37 AM

terbaik mixed.... bukak benang baru..sane dah 133 pages dah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
So, adekah ade pihak lain pun cuba bolot bila dompet xde duit? Jam da xde kat rmh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ali ni ingat netizen tak tau tentang pembahagian harta pusaka.. Skrg mesti tengah karang citer baru.. Dasar
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:40 AM | Show all posts
sarah82 replied at 21-2-2020 01:39 AM
Ali ni ingat netizen tak tau tentang pembahagian harta pusaka.. Skrg mesti tengah karang citer baru. ...

dia lupe nak rujuk yg pakar... main sental bab pembahagian sesuke hati dia je...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-2-2020 09:42 AM | Show all posts
sarah82 replied at 21-2-2020 09:39 AM
Ali ni ingat netizen tak tau tentang pembahagian harta pusaka.. Skrg mesti tengah karang citer baru. ...

penunggang agama dan tamak haloba
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:42 AM | Show all posts
haruslah replied at 21-2-2020 09:37 AM
So, adekah ade pihak lain pun cuba bolot bila dompet xde duit? Jam da xde kat rmh

kannn....siap argue mana duit dlm wallet tu. ali ckp nak kad seniman tu je, dah kenapa sibuk duit dlm tu??

siap ckp salah dayah makan duit dlm tu...kena faraid dulu. ehhhh...ko pulak pandai2 bg hukum!! poyo much!!


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 21-2-2020 09:42 AM
penunggang agama dan tamak haloba

Nak tulis dasar tu dah.. Tapi tak sampai hati.. Hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
berapa banyak nak kena bukak benang pasal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:44 AM | Show all posts
Iols nak pesan satu jer, sesungguhnya doa insan teraniaya itu dimakbulkan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nuril86 replied at 21-2-2020 09:40 AM
dia lupe nak rujuk yg pakar... main sental bab pembahagian sesuke hati dia je...

rm1500 urus jenazah arwah pun nak guna duit arwah.. Perghhh...kata berduit sangat.. Ye la.. Selama ni dok sedut duit arwah je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya duit tu, takpala wife dia amik pon, abes kalu semua duit mereka ambil..nak makan apa wife tu. Salah faham ni mengenai faraid. Kalu waris lain redha duit dalam wallet tu, tak berdosa pun dan bukan satu kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:47 AM | Show all posts
dah  kenapa nak istiqomah diri
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:48 AM | Show all posts
sarah82 replied at 21-2-2020 01:44 AM
rm1500 urus jenazah arwah pun nak guna duit arwah.. Perghhh...kata berduit sangat.. Ye la.. Selama ...

kan.... duit urus jenazah pon berkira...sedangkan arwah mase hidup x pernah berkira pon dengan adik beradik dia.. mak arwah dah selalu bg hint yang adik bradik arwah mmg xleh gune langsung.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap, arwah rajin ke majlis2 agama kan. Xkan xde masuk khairat kematian. Khairat kematian cover full sampai ke Liang lahad kot. Lagi pon ko kan waris kuat, pakai je la duit ribu2 ko tu. Kenapa nak hadap duit yg tinggal. Masa ni la ko sepatutnya balas jasa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
nuril86 replied at 21-2-2020 09:48 AM
kan.... duit urus jenazah pon berkira...sedangkan arwah mase hidup x pernah berkira pon dengan adi ...

Tu la.. Nak sangat burukkan kak ipar.. Allah bagi dia buka aib sendiri..skrg.. Mesti tengah mengelabah la tu... Jap lagi mesti ig bini dia kena serang dgn bawang rangers.. Rasain
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:52 AM | Show all posts
Patutlah Sinar pagi-pagi dah buat topik "Hibah, Wasiat, Faraid"
Baguslah, terbuka juga minda orang-orang yang tamak atau cuba bolot hak yang sepatutnya.

Penjelasan Ali ni banyak guna "saya nak susun"
Eh kau nak susun tapi cara kau nampak sangat nak sebat harta arwah.
konon nak susun. sorrylah since kau dah biadap, langsung tak percaya kat kau pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list