Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2502
View
58
Reply

[Tempatan] COVID-19. Taklimat Khas Ketua Pengarah Kesihatan

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-11-2020 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 21-11-2020 05:33 PM

Astro AWANI
@501Awani

"Kalau disiplin sosial kita tinggi dan kepatuhan kita tinggi, kita tak perlukan PKPB, PKPD dan sebagainya." - Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 21-11-2020 05:04 PM | Show all posts
PKP terbukti berjaya meratakan lengkuk dan memutuskan jangkitan dalam negara. Namun, PKP telah memberi kesan negatif kepada ekonomi.

Justeru, PKPB kali ini dilakukan dengan seimbangkan keperluan kesihatan dan ekonomi.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 05:05 PM | Show all posts
KKM menyediakan 120 hospital untuk menjalankan ujian saringan dan 47 hospital untuk merawat pesakit #COVID19

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 05:07 PM | Show all posts
Ujian saringan dijalankan bergantung kepada setiap 1,000 penduduk dan kadar positif.

Lagi tinggi kadar positif, lagi banyak ujian perlu dilakukan.

Di Malaysia, jumlah ujian adalah memadai buat masa sekarang.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 05:07 PM | Show all posts
Setiap mayat yang dibawa ke hospital akan dijalankan saringan #COVID19 sebelum post mortem.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 05:11 PM | Show all posts
KKM mencadangkan PKP di Selangor bermula 14 Oktober lalu namun tidak dapat dilaksanakan kerana faktor ekonomi dan digantikan PKPB. - @DGHisham
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 05:20 PM | Show all posts
hai TT i terlepas taklimat khas bile ye start?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 21-11-2020 05:20 PM
hai TT i terlepas taklimat khas bile ye start?

Sekarang kt awani
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 05:23 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 21-11-2020 05:20 PM
hai TT i terlepas taklimat khas bile ye start?

sejak pukul 4.00 ptg tadi
tgh live



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 06:02 PM | Show all posts
Patuh SOP, kita akan berjaya kekang Covid-19
    myMetromutakhir
Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Semua pihak perlu meningkatkan kesiapsiagaan daripada pelbagai segi bagi menghadapi Covid-19 dengan lebih berkesan.

Setakat ini, persediaan yang diambil untuk menangani wabak termasuk aspek kesihatan awam dan kawalan pergerakan sejak Disember tahun lalu adalah pencegahan terbaik dan berkesan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, harapan juga kini tertumpu kepada vaksin yang akan diterima untuk menangani wabak terbabit.

Katanya, yang penting ketika ini ialah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat yang mampu mengekang penularan wabak di negara ini.

"Kita perlu bekerjasama secara sepadu antara kerajaan dan rakyat.

"Ini adalah kali pertama kita lihat kerjasama yang sepadu antara KKM dengan kementerian lain.

"Hampir setiap hari kita ada mesyuarat untuk melihat kepada pelaksanaan membendung penyakit Covid-19 dalam negara. Jadi kita perlu mempertingkatkan kesiapsiagaan melihat bagaimana kita dapat kawal dan mencegah penularan," katanya dalam taklimat khas di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, modifikasi tingkah laku setiap individu dengan norma baharu dan semua orang perlu belajar bagaimana untuk hidup dengannya.

"Data antarabangsa menunjukkan kawalan pergerakan adalah langkah efektif.

"Kita tengok penularan di Sabah ke Selangor ke Negeri Sembilan mengambil masa antara 14 hingga 21 hari, iaitu tempoh inkubasi selama 14 hari dan seminggu untuk ia menular.

"Kalau ada pergerakan penduduk, inilah kebimbangan KKM, penularan memakan masa 21 hari.

"Ada ramai yang tanya saya hari itu adakah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) ini gagal, bagi saya tidak gagal. Saya harap dalam masa akan datang kita dapat kerjasama padu daripada rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP," katanya.

Katanya, KKM juga memberi tumpuan kepada kesepaduan penggunaan digital dan media sosial untuk membantu membuat keputusan dan tindakan positif.

Menurutnya, Malaysia mendapat Anugerah Kecemerlangan ICT Global WITSA 2020 kategori 'Penyelesaian Teknologi Covid-19 Untuk Negara dan Wilayah' dua hari lalu.

"Kita akan lihat kepada bagaimana kita hendak mempertingkatkan penggunaan platform digital untuk membantu kita," katanya.

Menurutnya, setakat ini, 24, 039,602 pengguna mendaftar aplikasi MySejahtera dengan daftar masuk sebanyak 1,749,008576.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 5:49 PM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 06:16 PM | Show all posts
Kaedah sasaran pintar kesan individu positif Covid-19
    myMetromutakhir
Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Ketepatan kit ujian pantas (RTK) antigen (RTK-Ag) yang mencecah 90 peratus membantu ujian saringan lebih cepat dijalankan di lapangan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan penggunaan RTK-Ag khususnya di negeri terjejas seperti Sabah dan Selangor.

Menurutnya, penggunaan kit pantas itu membolehkan keputusan diperoleh terus di lapangan dalam tempoh antara 30 hingga 45 minit sekali gus mempercepatkan tempoh menunggu.

"Malaysia sudah menggunakan RTK-Ag ini pada Mei lalu dan lebih awal berbanding saranan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada September lalu.

"RTK-Ag ini kini banyak digunakan di lapangan seperti tapak bina dan kilang membabitkan warga asing," katanya dalam sidang media Taklimat Khas Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini Malaysia sudah menjalankan 483,686 ujian RT-Ag sejak September lalu bagi mendapatkan keputusan segera saringan Covid-19.

Katanya, sekiranya individu yang menjalani ujian RT-Ag disahkan positif, mereka sekali lagi akan menjalani ujian RT-PCR (Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction) yang lebih tepat.

Beliau berkata, KKM kini menggunakan kaedah 'sasaran pintar' untuk mengesan individu yang positif kerana ia lebih bersasar.

Katanya, menerusi kaedah itu, individu yang berada di lokaliti yang berisiko saja akan disaring.

"Setakat hari ini, seramai 2.49 juta individu di seluruh negara sudah menjalani ujian saringan yang dijalankan sama ada menerusi fasiliti KKM atau swasta," katanya.

Katanya, KKM kini menumpukan usaha untuk menurunkan Nilai Kebolehjangkitan atau R0 (R naught) antara 0.5 hingga 0.3.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berjaya menurunkan jumlah kes walaupun data yang diperoleh KKM menunjukkan mungkin berlaku peningkatan kes mendadak.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @ 6:10 PM
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik lagi ke hari ni.....?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn 2000kes sudah.....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 06:21 PM | Show all posts
Jangkitan #COVID19 tidak mampu ditamatkan di negara kita tetapi kita berusaha menurunkan kes jangkitan ke tahap paling minima dan mengawal jangkitan sepenuhnya. Kita perlu hidup dengan virus ini dan dalam masa sama, kita mengawal jangkitan daripada terus merebak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-11-2020 06:17 PM
Naik lagi ke hari ni.....?

Selangor dh atasi sabah. Tp blum capai kpi 2k lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat area rumah I ni dlm radius 1 km dah 8 kes, kat area tempat kerja dlm radius 1 km ada 55 kes, kat area Meru ada 200 lebih kes. Ni area Klang saja tau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 21-11-2020 06:24 PM
Selangor dh atasi sabah. Tp blum capai kpi 2k lagi..

Minggu depan naik la tu selangor.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 21-11-2020 06:25 PM
Kat area rumah I ni dlm radius 1 km dah 8 kes, kat area tempat kerja dlm radius 1 km ada 55 kes, kat ...

Hati2 chuols..ari tu kitorg satu level ofis kena swab..2 org my team positive...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-11-2020 06:25 PM
Minggu depan naik la tu selangor.....

Nmpk mcm ada gaya..sbb i dgr covid ni yg dh kena akan kena lagi after 3 months kalau sentiasa terdedah dgn komuniti...kalau mcm tu smpi AJM pkpb selangor ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-11-2020 06:30 PM | Show all posts
"Setakat ini tiada terbitan data mengenai keberkesanan vaksin terutamanya di fasa ketiga..," - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr @DGHisham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list