Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3945
View
200
Reply

[Tempatan] Bir dibenarkan sebab tidak memabukkan, arak tak boleh

[Copy link]

Author: ResellerMaxis    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-11-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bir dibenarkan dijual di kedai runcit, serbaneka

KUALA LUMPUR - Bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan dan masih dibenarkan dijual di kedai runcit serta serbaneka, namun perlu mengikut tempoh waktu ditetapkan.

Sementara penjualan minuman keras di kedai ubat tradisional Cina dibenarkan untuk tujuan perubatan yang disahkan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.



Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kedai runcit yang tidak sesuai dilesenkan menjual arak tidak akan diperbaharui Lesen Minuman Keras (LMK) menjelang Oktober 2021.

"Bir masih boleh dijual di kedai sedemikian tapi pada waktu-waktu ditetapkan yang peraturan ini diguna pakai di semua negara.

"Ada garis panduan lama yang dikekalkan termasuk larangan menjual arak di tempat sensitif seperti berhadapan sekolah dan rumah ibadat," katanya ketika mengulas garis panduan LMK (liquor yang memabukkan) di Wilayah Persekutuan.

Beliau ditemui pada program penyampaian sumbangan kepada komuniti Kuala Lumpur di bawah program Wilayah Cakna 3.0 serta sumbangan kepada Persatuan Penduduk Kuala Lumpur di Menara DBKL 3 hari ini.

DBKL sebelum ini mengeluarkan garis panduan LMK yang menetapkan 'hard liqour' (minuman keras yang memabukkan) tidak dibebarkan di jual kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga jenis premis dilarang jual arak

Annuar berkata, garis panduan baharu itu tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa dan telah mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan melibatkan agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain.

"Sejak keluarkan lesen kepada pemohon, kita dapati banyak aduan dan pandangan orang ramai berkenaan pelbagai masalah termasuk pemandu mabuk yang mengancam keselamatan awam.

"Justeru DBKL ada buat pertemuan dengan pihak berkepentingan yang tempoh perbincangan mengambil masa agak lama sebelum garis panduan baharu dicadangkan dan dibincangkan berkali-kali.

"Perbincangan dibuat sejak awal 2019 sehinggalah awal Oktober lalu barulah perakuan siap dan dibawa kepada kementerian sebelum dikeluarkan garis panduan baharu," katanya.

Katanya, garis panduan dikeluarkan pada tahun ini supaya semua pihak boleh membuat persiapan awal dan memberikan kerjasama agar penjualan arak lebih teratur yang mana 'hard liqour' boleh dibeli di tempat yang dilesenkan sahaja.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 22-11-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakah maksudnya ni? Bir halall diminum ke sebab x memabukkan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:20 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-11-2020 06:22 PM

Bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan tu Mungkin bermaksud beer halal yang 0% alcohol tu kerana beer halal tu bukan minuman keras. Dan tidak memabukan. Di arab saudi sana pun siap ada kilang beer halal berjenama antarabangsa.

Jikalau beer yang mempunyai 5% alcohol seperti carlsberg tiger tu baru minuman keras.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-11-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-11-2020 10:20 AM
Bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan tu Mungkin bermaksud beer halal yang 0% alcohol  ...

Contoh bir halal di malaysia ni? Boleh iol try beli.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita tgk btol2 isu BIR dan ARAK ni sama ner mcm kes pertikaian Ronnie Liu dgn PAS/MBSA masa 2009 dulu....

Definisi yg Ronnie Liu bagi sama jer mcm yg Nwamuso gunapakai.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-11-2020 10:20 AM
Bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan tu Mungkin bermaksud beer halal yang 0% alcohol  ...

Ehh, bkn bir kandungan alkohol <5% ke?

Hard liquor plak >5%
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-11-2020 10:20 AM
Bir tidak tersenarai minuman keras yang memabukkan tu Mungkin bermaksud beer halal yang 0% alcohol  ...

Beer halal tu macam Barbican kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:42 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 21-11-2020 06:36 PM
Contoh bir halal di malaysia ni? Boleh iol try beli.

Kalau tak silap saya salah satu beer halal di malaysia tu jenama Heineken 0% alcohol.

Tetapi sekarang dah banyak jenama mengeluRkan beer 0% alcohol  termasuk carlsberg.


TETAPI DI MALAYSIA BEER 0% ALCOHOL MASIH HARAM DAN DI ARAB SAUDI BEER 0% ALCOHOL ADALAH HALAL.  JADI JIKA BRO NAK MINUM BEER HARAM YANG HALAL PERGI SAHAJA KE ARAB SAUDI SANA, CONFIRM TAK BERDOSA PUNYA!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 22-11-2020 10:41 AM
Beer halal tu macam Barbican kah?

Barbican tu bkn malt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:45 AM | Show all posts
arareez replied at 21-11-2020 06:41 PM
Beer halal tu macam Barbican kah?

Kalau di arab saudi sana beer halal adalah 0% alcohol seperti carlsberg ke Heineken ke tiger ke dan macam macam lagi.

Kalau setakat Barbican tu 1000 Tahun dahulu dah halal di negara arab!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Anglia, Jolly Shandy.. antara beer less than 2% alcohol..
Malta.. dulu dikilangkan di kilang Carlsberg PJ..  memang rasa seperti beer di yg ditapaikan daripada malt.
Beer setakat 3 tin memang tak mabuk.. tapi dah satu crate balun, melelong gak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Liquor diproses melalui distillation kan? Manakala beer tu dari fermentation process?
Malas nk google lak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sat lagi mai paderi buka kitab bab makan tapai, dan ayaq tapai.. bab ayaq nira dan tuak di Kelantan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 10:53 AM | Show all posts
axl_bach replied at 21-11-2020 06:40 PM
Ehh, bkn bir kandungan alkohol 5%

Tengok jenis beer lah ada 5% ada 6%

Liquor pula puluh puluh %alcohol  40 50 60 70
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-11-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-11-2020 10:42 AM
Kalau tak silap saya salah satu beer halal di malaysia tu jenama Heineken 0% alcohol.

Tetapi se ...

Kenapa beer masih haram walaupun tidak memabukkan?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-11-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 22-11-2020 10:43 AM
Barbican tu bkn malt ke?

Malt ni apa plak? Iol ingat malt drink macam milo tu. Based on bijirin gandum.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:18 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 21-11-2020 07:12 PM
Kenapa beer masih haram walaupun tidak memabukkan?

Seingat saya ada diterangkan di website jawi ke apa, dah lupa. Tetapi hanya haram di malaysia sahaja bro.

Di negara arab sana halal.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:20 AM | Show all posts
Melayu je yang minum beer satu tin share ramai2 tapi boleh mabuk. memang lightweight lah. belum tengok lagi minum beer guna straw. nampak sangat lah amatur nya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:26 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 21-11-2020 07:15 PM
Malt ni apa plak? Iol ingat malt drink macam milo tu. Based on bijirin gandum.

Sorry jakim ada terangkan ... https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1166802&extra=page%3D164&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2020 11:26 AM | Show all posts
Rasa2 ada yang tersirat kat sini

Mamat Nuarmosa ni dah tak ngam dgn UMNO lagi ... dah ada kiblat baru

Kot2 dia nak bersama party ehem ehem (PAS) & Party assobiyyah 2 (PPBM) dalam PRU akan datang

Tengok aje lah camno dia kena kecam dengan geng party assobiyyah sendiri

Apa daaaa ... beer boleh jual tapi yang lain tak boleh

Tau tak kat Kelantan tak ada pengharaman arak ... kena ada lesen nak jual arak - state gomen dapat duit dari pembayaran lesen tersebut


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list