Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
512
View
3
Reply

'Saya Bukan Syok Sendiri'- Zoey Rahman

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2021 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Zoey Rahman.


Harian Metro

Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Zoey Rahman mengakui tidak tahu-menahu mengenai urusan kelulusan kewangan syarikat bagi pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dihadiahkan kepadanya sempena ulang tahun kelahiran ke-36, baru-baru ini.

Zoey berkata, perkara itu hanya disedari selepas adiknya, Haziqzuddin Abdul Rahman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat Mika Series meluluskan pembelian kenderaan itu.

"Mula-mula saya marah dia sebab keluarkan wang syarikat. Saya tanya kenapa luluskan wang yang sebegitu banyak sedangkan kita nak pakai wang untuk promosi jualan tahun ini termasuk menaikkan papan iklan.

"Bagaimanapun, dia menjelaskan kenderaan itu untuk kegunaan syarikat juga. Lagipun, dia beritahu sampai bila nak sewa van apabila ingin bergerak untuk ke tapak acara. Ia untuk kemudahan pekerja juga," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Palut's Superhero di Puncak Alam, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif Palut's Food Sdn Bhd, Ridzuan Ansar.

Terdahulu, tular mengenai hadiah kereta yang dianggarkan berharga lebih RM300,000 itu apabila ada netizen mendakwa Zoey syok sendiri demi meraih publisiti murahan.

Tenang menjawab persoalan itu, Zoey berkata, dia enggan mengambil pusing komen-komen negatif yang cuba dilontarkan netizen.

"Dalam satu syarikat ada beberapa ahli lembaga pengarah yang boleh luluskan dengan menurunkan tanda tangan. Bukan saya seorang tapi ada adik saya sekali. Adik saya berpakat dengan kakitangan lain, jadi itulah hasilnya," katanya.

Dalam pada itu, Zoey mengakui teruja apabila berpeluang menjalani kerjasama dengan syarikat Paluts Food Sdn Bhd yang menghasilkan produk berasaskan pisang.

"Saya tak pernah keluarkan produk makanan sebelum ini. Jadi ini adalah percubaan kali pertama saya. Saya bersama Ridzuan bersepakat untuk menjalin kerjasama ini dan diharapkan perniagaan makanan saya akan berjaya dan berkembang maju," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-1-2021 11:53 AM | Show all posts
Bodgos ni dah level lg teruk dari Sepul.
Sepul berita SAMPAH, yang kali ni berita SAMPAH yang berulang2
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 12:01 PM | Show all posts
kan dah cakap, proparina jaa staff nak hadiahkan vellfire..   baik sekor-sekor settlekan hutang masing-masing daripada hadiahkan vellfire untuk boss..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:05 PM | Show all posts
Panjang lebar dia explain.. haha.. Btw 36 dh dia.. nampk muda lg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list