|
Anwar diminta serah nama calon jawatankuasa bebas darurat
Diterbitkan 14 Jan 2021, 12:07 am
Menteri Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan telah menghantar surat kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim meminta supaya menyerahkan tiga calon daripada pihak pembangkang untuk menubuhkan jawatankuasa bebas yang akan mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.
"Ya, YB (Takiyuddin) telah menghantar surat awal petang hari ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Menteri telah meminta pembangkang menyerahkan tiga calon untuk mewakili pembangkang Jawatankuasa Bebas," kata satu sumber dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Malaysiakini.
Sumber itu yang enggan dinamakan, bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai kandungan surat itu.
Untuk rekod, semalam Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan pada kenyataan.
"Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
"Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.
"Jawatankuasa bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal," kata kenyataan itu lagi.
Dihubungi kemudian, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Nasution mengesahkan penerimaan surat tersebut.
"Ya, saya telah menerima panggilan daripada Takiyuddin berhubung perkara tersebut.
"Saya juga menerima surat tersebut bagi pihak ketua pembangkang," katanya kepada Malaysiakini.
Saifuddin turut memberitahu bahawa telah meminta Takiyuddin berhubung terma dan rujukan jawatankuasa bebas tersebut.
Saya ada bertanya mengenai terma rujukan dan komposisinya
Ini kerana jumlah ahli parlimen kerajaan dan pembangkang sama. Bahkan dengan perkembangan mutakhir ini mungkin pembangkang yang lebih, katanya.
Menurut Saifuddin, Takiyuddin berjanji akan memberi maklum balas dalam masa terdekat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
PH Sudah Terima Jemputan Sertai JK Khas Bebas
POLITIK
Dikemaskini pada 14, Jan 2021
14 JAN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menerima surat jemputan untuk Pakatan Harapan (PH) menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang bakal ditubuhkan bagi mengendali perjalanan darurat.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan surat jemputan berkenaan sudah diterima oleh Presiden PKR itu semalam.
Menurut beliau, surat berkenaan hanya menjemput dan mohon pembangkang menamakan tiga calon untuk menganggotai jawatankuasa khas berkenaan.
Terma dan syarat pelantikan serta bagaimana jawatankuasa itu bertindak tidak dinyatakan, katanya kepada media selepas ditanya laporan yang menyatakan Anwar menerima surat jemputan untuk mencalonkan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Bebas berkenaan.
Difahamkan surat berkenaan dihantar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan PH akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan mengenai surat jemputan itu serta calon yang dirasakan sesuai untuk dinamakan.
Kita akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat, katanya namun enggan mengulas sama ada diberikan tempoh untuk menjawab surat berkenaan.
Pada pengumuman khas darurat Isnin lalu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, bagi menjamin pelaksanaan tempoh darurat dibuat secara adil dan telus, sebuah Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan.
Jawatankuasa itu ditubuhkan di bawah suatu Ordinan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada darurat besar masih berlaku dalam Persekutuan bagi meneruskan tempoh kuat kuasa Proklamasi Darurat atau menamatkan Proklamasi lebih awal dari tarikh ditetapkan. |
|
|
|
|
|
Tiga pembangkang anggotai jawatankuasa penilai darurat
Menteri Jabatan Perdana Menteri meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tiga calon pembangkang untuk jawatankuasa bebas mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.
Ya, YB (Datuk Takiyuddin Hassan) telah menghantar surat awal petang hari ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri telah meminta pembangkang menyerahkan tiga calon untuk mewakili pembangkang Jawatankuasa Bebas, kata lapor Malaysiakini memetik satu sumber.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan pada kenyataan.
Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.
Jawatankuasa bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal, kata kenyataan itu.
Malaysiakini turut memetik Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Nasution mengesahkan penerimaan surat tersebut.
Ya, saya telah menerima panggilan daripada Takiyuddin berhubung perkara tersebut.
Saya juga menerima surat tersebut bagi pihak ketua pembangkang, katanya.
Menurut Saifuddin beliau turut bertanya Takiyuddin berhubung terma dan rujukan jawatankuasa bebas tersebut.
Ini kerana jumlah ahli parlimen kerajaan dan pembangkang sama. Bahkan dengan perkembangan mutakhir ini mungkin pembangkang yang lebih, katanya. |
|
|
|
|
|
Hantar la nuar, kak wan & izzah ..cukup dah..  |
|
|
|
|
|
Macam mana nak bebas kalau semua tu politicians?
|
|
|
|
|
|
Nak lagi best hantar
1. Mat Sabu
2. Hanipa Maidin
3. Ronnie Liu...
on a serious note, rasanya sapa yg bagus?
1. Dr Dzulkefly ( ni aku mmg nk tgk adakah performance dia mcm yg dihypekan oleh org bawahan dia)
2. Yeo Bee Yin
3. .....? (bangnon sendiri berani ka?)
|
|
|
|
|
|
terdahulu :
Proklamasi darurat: Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan - PM
Fauzi Suhaimi
Januari 12, 2021 12:26 MYT
Proklamasi darurat: Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan - PM
Muhyiddin berkata, jawatankuasa itu juga berperanan menasihati Seri Paduka Baginda. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Satu Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan bagi menjamin pelaksanaan darurat adalah adil dan telus.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu juga berperanan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.
"Untuk menjamin pelaksanaan tempoh darurat dibuat secara adil dan telus, sebuah Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan di bawah suatu Ordinan untuk menasihati Baginda sama ada darurat besar masih berlaku dalam Persekutuan bagi meneruskan tempoh kuat kuasa Proklamasi Darurat atau menamatkan Proklamasi lebih awal dari tarikh yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, dalam tempoh darurat ini juga, kuasa eksekutif Persekutuan akan
meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan negeri.
"Kecuali bagi apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Sabah atau Sarawak, agama, kewarganegaraan dan bahasa, selaras dengan Fasal 6A Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
"Selain itu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya lagi. |
|
|
|
|
|
Alamak aku silap faham, igtkan JK Bebas nih seumpama taskforce memerangi covid, rupanya just badan pemantau....sigh |
|
|
|
|
|
Kalo darurat , ada ke lagi peranan PM?
Ingat semua executive decisions kena refer kat YDPA |
|
|
|
|
|
Ahli politik Malaysia dgn PC merapu xhabis2. Nak mintak nama dan dapat surat mintak nama pun nak masuk paper. Kepala bapak korang!!!
Apa bala Malaysia dapat pemimpin bangang2 ni xtau la. |
|
|
|
|
|
|