Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
15297
View
226
Reply

[Tempatan] Pelanggan mula merungut. Caj penghantaran makanan, minuman mahal

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-6-2021 12:32 PM | Show all posts |Read mode


Pelanggan terus tanggung beban
    Oleh SYED MOHD HAZIQUE SYED NOR, MOHD SHARKAWI LONDING dan MOHD SYALMIZI HAMID
    21 Jun 2021, 9:45 am

KUALA LUMPUR C Harga makanan dan minuman yang ditempah secara online mengunakan aplikasi penghantaran yang le­bih tinggi dianggap membebankan pelanggan memandangkan kumpulan itu perlu membayar caj penghantaran.

Tinjauan Kosmo! mendapati harga makanan di kedai dan restoran meningkat sehingga 30 peratus bagi satu menu berban­ding bayaran yang dikeluarkan bagi pelanggan yang datang secara terus ke premis.

Harga makanan dan minuman di dalam aplikasi itu tidak termasuk caj penghantaran yang mencecah RM6 bergantung kepada jarak.

Seorang pekerja swasta, Siti Nuramalina Azmi, 26, menyifatkan harga makanan bagi peng­guna aplikasi penghantaran terlalu mahal.

Sebagai pelanggan, kita perlu membayar caj penghantaran, tetapi harga makanan pun mahal berbanding membeli di kedai.

Harga semangkuk mi di kedai mi­salnya RM12, tetapi sekiranya memesan guna aplikasi harga­nya melonjak RM16 tidak termasuk caj penghantaran dan cukai, katanya kepada Kosmo! semalam.

Nuramalina berkata, kenaikan harga itu menyebabkan per­belanjaan yang diperuntukkan untuk membeli makanan bertambah setiap bulan.

Bagi Ahmad Haziq Azman, 29, dia mengambil langkah membeli di kedai selepas menyedari harga bagi tempahan menggunakan aplikasi didapati tidak masuk akal.

Sebelum ini, saya berbelanja RM200 seminggu membeli makanan guna aplikasi, kini saya dapat berjimat RM100 (seminggu) apabila membeli sendiri di kedai, katanya.

Ahmad haziq menyeru kerajaan supaya campur tangan bagi meneliti ketelusan harga makanan yang ditempah dalam aplikasi yang didakwa tidak selaras.

Di Johor, orang ramai yang ditemui turut mengakui harga makanan yang ditempah menggunakan aplikasi meningkat RM3 hingga RM5 bagi satu menu.

Suri rumah, Siti Noor Asiah Muda, 32, berkata, perbezaan harga itu sedikit membebankan lebih-lebih lagi rakyat berdepan berdepan pelbagai cabaran di musim pandemik ketika ini.

Harga nasi goreng biasanya RM7 hingga RM9, tetapi harga bagi tempahan menerusi aplikasi RM12 hingga RM15 sepinggan, katanya ketika ditemui di Larkin.

Di Pulau Pinang, seorang pe­langgan, Khairul Amri Shamsudin, 30, mengakui selesa membeli sendiri makanan di kedai kerana boleh membuat pilihan selain harganya yang lebih rendah.

Katanya, pilihan makanan bagaimanapun terhad disebabkan pergerakan hanya melubatkan radius 10 kilometer disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kadang-kadang saya buat tempahan guna aplikasi sekiranya keadaan terdesak, katanya.

Bagi peniaga, Mohd. Syafril Yusop, 30, pula, dia mengakui memang terdapat perbezaan harga bagi pelanggan yang datang ke premis dan memesan melalui aplikasi.

Nasi goreng ayam misalnya dijual RM8, namun sekiranya pembeli memesan melalui aplikasi mereka perlu membayar RM11. Saya akui peningkatan ini menyebabkan bilangan pelanggan (online) merosot, katanya.

Syafril berharap masalah ini dapat diselesaikan ke­rana memberi kesan bukan sahaja kepada peniaga, malah pelanggan.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Azizan Che Harun memberitahu, pihaknya terpaksa meletakkan harga berbeza bagi pesanan melalui aplikasi di­sebabkan caj 33 peratus bagi satu tempahan yang dikenakan oleh pe­ngendali aplikasi.

Sekiranya meletakkan harga sama, bagaimana kami hendak dapat untung. Mereka (pengendali aplikasi) sudah kenakan caj kepada peniaga, katanya.

Pengusaha restoran, Mohd. Hafizul Fadli Hatip, 39, pula memberitahu, dia mengambil inisiatif berbeza apabila menggunakan khidmat penghantar makanan sendiri.

Keadaan ini memberi situasi­ menang-menang kepada pe­langgan, peniaga pun boleh ber­nafas lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan peniaga yang bergantung kepada penyedia perkhidmatan penghantaran makanan merayu agar pengendali aplikasi me­ngurangkan kadar komisen yang disifatkan terlalu tinggi ketika ini.

Peniaga makanan mendakwa, mereka perlu membayar komi­sen kepada pengendali aplikasi itu sehingga 30 peratus dari­pada harga setiap makanan yang ditempah para pelanggan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:37 PM | Show all posts
Memang pon....
Portion sikit dek.
Baik akak beli barang basah puas makan cam tak berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:38 PM | Show all posts
grab murah la jg banding panda sialan tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah kena sampai RM12..Paling mahai pun RM5.99..selalunya aku cari yg free delivery atau kedai yg ada redeem voucher..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyela.. ade pernah baca dekat ig owner kedai tu kata company hantar makanan ni ade charge kan.. 35% menurut kata org tu.. aku pun selalu g beli sendiri je makanan. Guna apps tu sebab nak tengok kedai makan ape je ade kt sekeliling rumah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang mahal
Dan
Dan
Dan
Hahaha
Aku tak pernah order by grab food or panda
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:57 PM | Show all posts
biskutraya replied at 21-6-2021 04:48 AM
Iyela.. ade pernah baca dekat ig owner kedai tu kata company hantar makanan ni ade charge kan.. 35%  ...

betul..

now i kasi free delivery dkt customers around my radius..

ptt la dlm apps feedback few people ckp makanan kedai i mahal, tergaru2 gak kepala ni..

padahal dh bg discount 25%

rupanya yg mahal delivery charges
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:57 PM | Show all posts
kena ada lesen kedai makan ke nak jual kat app? sebab I memang hari2 buat smoothie dan pandai gak la buat food yang cepat dan simple.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 12:58 PM | Show all posts
baru nk tau ka.. baik aku p tapau sendiri,

app baru tapau food pun sama mahal mcm FP
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg iols perasan utk kedai2 biasa caj harga makanan mmg lagi mahal, mcm area rumah ni lebih RM3-RM5 dpd harga biasa, itu harga makanan saje, belum lagi caj delivery. Nak jimat masak kat rumah atau keluar tapau sendiri. Sekali sekala order ok je bagi iols kalau dah teringin sgt dan malas atau tak sempat nak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan lah muka. Sape suruh malas masak. Dah lah malas masak, keluar beli makanan pun malas. Elok mati kebulur jer dalam rumah. Jgn bagi alasan xnak keluar beli makanan sendiri sbb takut covid. Dah serba serbi malas, jgn byk komplen.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:02 PM | Show all posts
..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:03 PM | Show all posts
bayar jelah
kan ummah fb puak siakap babik tu kata
xpe mahal sikit pun,  tolong ekonomi negara n bantu rider2
padahal sendiri pun korek duit tabung sbb ekonomi sendiri xseberapa
sembang kencang nak bantu ekonomi orang konon
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:08 PM | Show all posts
Dah lama tahu sebab tu lebih suka beli sendiri dikedai tak ler terperuk macam duduk dalam gua tak keluar2.  Yang penting ikut SOP bila berada diluar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 21-6-2021 01:01 PM
Padan lah muka. Sape suruh malas masak. Dah lah malas masak, keluar beli makanan pun malas. Elok mat ...

Terima kasih kerana tolong aku taip.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jual sandwich ayam setiap satu RM 3 mahal x....ada cheese, tomato , ayam meatlof tu dan salad..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jual sandwich ayam setiap satu RM 3 mahal x....ada cheese, tomato , ayam meatlof tu dan salad..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:17 PM | Show all posts
drivethru replied at 21-6-2021 01:01 PM
Padan lah muka. Sape suruh malas masak. Dah lah malas masak, keluar beli makanan pun malas. Elok mat ...

Pukulan padu maut hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:18 PM | Show all posts
peniaga dan foodpanda sama2 x nak tolak ansur...
dua2 sama nak kekalkan untung...
cost pass kat customer...
lama2 sok org menyampah juga..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli sekali sekala jah. Aku sorang yg rajin masak & rajin keluar rumah nak beli makanan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list