Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
4038
View
24
Reply

'Kalau jumpa 'Fauzi', memang aku terajang!' - Haeriyanto Hassan

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-6-2021 08:49 PM | Show all posts |Read mode
'Kalau jumpa 'Fauzi', memang aku terajang!' - Haeriyanto Hassan


Babak Haeriyanto dalam drama Derita Untuk Bahagia.


Kuala Lumpur: Pelakon Haerieyanto Hassan menjadi perhatian penonton ekoran watak Fauzi iaitu seorang kaki pukul, dayus dan penagih dadah lakonannya dalam drama Derita Untuk Bahagia di Slot Tiara, Astro Prima.

Haeriyanto berkata, babak memukul isteri antara yang paling 'ditakuti' kerana bimbang dia terpukul dengan betul pelakon yang melakonkan watak itu.

"Saya kaji watak Fauzi ini selepas membaca skrip. Awalnya watak ini tidak berapa jelas tetapi nampak dari dialog yang Fauzi adalah seorang dayus dan 'loser'. Dalam skrip dia tidak digambarkan sebagai penagih dadah, kaki judi dan kaki pukul, tetapi saya yang menjadikannya begitu. Saya cipta dan bayangkan sendiri selepas berbincang dengan pengarah.

"Sebenarnya saya tidak suka babak pukul isteri. Ini kerana saya lelaki, tangan kasar, kadang-kadang kalau terkena, sakit juga. Kalau penonton perasan setiap kali adegan pukul isteri, tangan saya nampak lembut. Saya sengaja lembutkan, takut terkena betul-betul dengan pelakon itu. Kalau kena memang sah berbisa," katanya.

Secara berseloroh, Haeriyanto akan 'bagi penerajang' jika berjumpa 'Fauzi' depan mata.

"Sebenarnya saya suka juga watak Fauzi ini. Saya tak suka watak yang bosan dan untuk Fauzi, saya boleh cipta yang dia seorang yang dayus dan hipokrit.

"Tapi, kalau saya jumpa Fauzi dan tahu mangsa dia ahli keluarga saya, memang pasti kena sepak terajang dengan saya," katanya.

Dalam masa sama, Haeriyanto mengakui dia seorang yang tidak banyak bercakap.

"Saya orang yang suka duduk di rumah bersama keluarga, berkebun dan memasak. Saya juga tak banyak cakap," katanya.

Selain Haeriyanto, drama 30 episod arahan Ejump Mohd dan terbitan MIG Productions Sdn Bhd itu turut menampilkan lakonan Azar Azmi, Amar Baharin, Hafreez Adam dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
:
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:18 PM | Show all posts
Kalau ko die nk tumbuk fauzi nawawi tu ye la jugak nk gosip.
Ni aku nk gosip pe de hal?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaah sian pok cik ni. Dia pun nk merasa juga ada benang psl dia di bodgos ni pok cik ni berlakon tak kayu. Aku selalu confuse muka n nama dia ni dgn ustaz harryanto.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu pernah ingat dia & ustaz heryanto tu orang yang sama. dah la muka & cara bercakap tu nak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang lalu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mati2 ingt ko nk terajang si pozi nawawi tu. kussss semangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaahhh aku dah excited jap tadi
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 24-6-2021 12:26 AM

"Kerja, kerja kerja.. Ka ka ku ka ka 2x"
(Norbik, 2019)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-6-2021 12:32 AM | Show all posts
cha-cha replied at 23-6-2021 11:37 PM
Alaaaahhh aku dah excited jap tadi



bukan aku daaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:07 AM | Show all posts
Antara drama siaran slot Rantaian #1 Astro Prima yang ramai penonton..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Abg ipor marcell siahaan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo pak norbit..... ni antara pelakon yg bagus tapi tak boleh ingat nama dia..

Btw, "jambunya" wajah poji nawawi yg tt tepek atas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 03:23 PM | Show all posts
matchstick replied at 23-6-2021 10:30 PM
Alaaah sian pok cik ni. Dia pun nk merasa juga ada benang psl dia di bodgos ni pok cik ni berlakon ...

diorang memang takde kaitan ke.
sebab nama pun sama haeryanto
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 23-6-2021 11:16 PM
mati2 ingt ko nk terajang si pozi nawawi tu. kussss semangat

Hahaha sama la
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii tajuk mengundang betul.....Tak pasal2 pozi nawawi terkait sekaliHeryanto Hassan mmg pelakon yg bagus..bg la watak apapun tak pernah mengecewakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 04:51 PM | Show all posts
matchstick replied at 23-6-2021 10:30 PM
Alaaah sian pok cik ni. Dia pun nk merasa juga ada benang psl dia di bodgos ni pok cik ni berlakon ...

Baru nak cakap hal yg sama. Dua insan ni  serupalah.  Aku ingatkan haerieyanto tu dah jadi ustaz or ustaz dah jadi pelakon, cek2 rupanya dua orang yg mirip serupa, tapi berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 24-6-2021 12:32 AM
bukan aku daaa.....


mohon tempek gambar yg tengah tumbok sambal
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Norbik

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list