Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1234Next
Return to list New
7384
View
60
Reply

Makin Kurus, Muka Cengkung-Hafiz Suip Dituduh Makan Dadah

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 31-7-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara tubuh semakin kurus dan wajah mencengkung, Hafiz Suip menerima pelbagai tohmahan negatif termasuklah dituduh mengambil bahan terlarang (dadah).


Hafiz bagaimanapun memilih untuk tidak mengambil pusing perkara tersebut kerana sedar lumrah hidup sebagai seorang selebriti.




Foto: IG




Kalau benda tidak betul, kenapa perlu layan? Jika dilayan maknanya benda itu betullah. Kita tidak buat, kenapa perlu layan (gosip). Jika saya bercakap lebih nanti kedengaran seperti saya marah orang pula.


Sebagai selebriti memang kita tidak boleh bercakap apa, hanya mampu terima dan kemam. Jika kita buka mulut nanti dipandang serong pula. Sebab ini lumrah hidup, seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan saya kita (selebriti) adalah milik netizen dan peminat.


Saya kena terima hakikat tersebut dan orang di luar sana pun perlu menerima hakikat bahawa saya juga manusia biasa, ujar Hafiz mohon dimengerti.




  



  



Sementara itu, Hafiz mengakui dia cukup tertekan apabila tahap kesihatannya kerap menjadi persoalan orang ramai.


Meskipun sedar ramai yang berasa bimbang dan mengambil berat tentang dirinya selepas perubahan tubuhnya secara mendadak namun, bagi Hafiz lebih baik merujuk atau bertanya langsung kepada dirinya terlebih dahulu daripada terus menghakimi tanpa usul periksa.


Jika kerap ditanya, kau sakit ke? Lama-lama kita akan betul-betul sakit kerana soalan yang sama diulang-ulang. Setiap apa yang keluar daripada mulut kita adalah satu doa. Jika benar-benar mengambil berat, kita akan jumpa atau hubungi terus orang itu secara peribadi.


Janganlah terus membuat tuduhan seperti mengambil dadah, keluarga tidak beri makan dan pelbagai lagi tuduhan lain yang saya terima. Memanglah saya seorang artis, hakikatnya itu kerjaya saya sahaja. Saya pun manusia biasa, jika dilempar dengan perkara sebegini memang saya tertekan, kata Hafiz jujur.




  



Sungguhpun tubuhnya dilihat semakin susut, Hafiz menjelaskan, dia berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.


Alhamdulillah, apa yang boleh dikatakan, saya sihat. Sihat dan sakit kita semua urusan Allah. Saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan dan apabila ada orang kata saya adalah masalah perlu jumpa ustaz (rawatan islam) saya pergi semua, mana-mana sahaja.


Syukur, semua tempat yang saya pergi mengatakan saya berada dalam keadaan okey, jelasnya yang ditemubual pada sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran lagu duet terbaharunya bersama Ernie Zakri berjudul Berakhirlah Pencarianku sebentar tadi.


Dalam pada itu, Hafiz dan Ernie buat pertama kalinya berduet di dalam sebuah lagu berjudul Berakhirlah Pencarianku yang juga akan akan diangkat menjadi runut bunyi sebuah drama bersiri di Astro.




  





  



Terdahulu Hafiz telah berduet dengan ramai penyanyi popular antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Misha Omar, Faizal Tahir dan Adira.


Alhamdulillah, bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie. Ernie seorang guru vokal dan memiliki suara yang luar biasa. Kami telah cuba sehabis baik dan berharap peminat akan menerima lagu ini dengan hati yang terbuka, luah Hafiz.


Video muzik lirik lagu single Berakhirlah Pencarianku yang merupakan kerjasama antara, Nova Music dan Rocketfuel Entertainment itu boleh ditonton di YouTube bermula 4.30 petang hari ini. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay.. next
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hisap la apa kau nak hisap dekkkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkn dadah??
Ape kau ingat dadah tu kne kunyah lps tu baru telan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa makan dadah.. x cukup ke voucher mcdonal yg dia memang kat ajl tu buat makan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 03:51 PM | Show all posts
Lain mcm sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena sihir kot ni... Sbb hari tu dia ada minta maaf kalau dia menyakitkan hati sesiapa. Org kita ni bnyk kepandaian. Kalau isap dadah moga cepat berhenti sian anak isteri. Kalau sakit moga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurusnya apizzz
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu baru dgn Erni sedap giler
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
stress sgt ke apiz
go go fighting. bertabah ya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
omakkk aiii memang kurus nauu ni {:hooray
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 05:19 PM | Show all posts
thread Raline

Thread dah ade
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
wan nano dah kuruzzz
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk muda plk kurus
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 07:41 PM | Show all posts
Diet kee...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:05 PM | Show all posts
bila heols kurus ni nampak kepala heols besar pulak...
kne senaman upper body ni bg bidang dada heols
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hafiz ni sayang dia boleh jadi meletop lagi, or next nuar zen, tapi entah lah nampak kepam je. Nasib sore sedap lemak berkrim
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 08:34 PM | Show all posts
wife dia cantik sgt........mata iolss
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurus betul smpai berubah rupa.. Dah xde rup hafiz dulu. Ni klu jump peminat mesti tak cam.  Moga kembali sihat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list