Video

"Cuba sekali, tahun ini jangan balik kampung"

15-7-2015 05:48 PM| Komen: 0

Description: Pejam celik pejam celik dah pun nak masuk Syawal. Terasa semalam baru kita berpuasa, berterawih dan berbuka bersama-sama ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Artikel Oleh : Izzah Abbasy
Video Oleh : Izzah Abbasy dan Firdausz



Pejam celik pejam celik dah pun nak masuk Syawal. Terasa semalam baru kita berpuasa, berterawih dan berbuka bersama-sama. Adakah  sempurna amalan kita sepanjang Ramadhan? Hanya Allah sahaja yang menilai segala amalan yang telah terlaksana.

Sinonim dengan setiap perayaan, pasti persiapan adalah kewajipan bagi menyempurnakan sambutan raya ini. Aktiviti yang selalu dilaksanakan pada hari raya sudah tentulah pemberian duit raya, bermain mercun, memasak masakan istimewa dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, masyarakat telah dikejutkan dengan pelbagai isu seperti kenaikan harga minyak, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan isu daripada Penasihat Kewangan perihal "cuba sekali, tahun ini jangan balik kampung". Hal ini telah berlaku pada kala rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang dan semestinya mereka harus bijak berbelanja bagi mengawal perbelanjaan yang semakin tinggi.

Oleh itu, CARI Infonet berkesempatan menemuramah beberapa orang awam bagi berkongsi persiapan raya mereka dan pendapat mengenai isu hangat "cuba sekali, tahun ini jangan balik kampung" pada tahun ini. Rata-rata memilih untuk bersederhana pada tahun ini dan tidak bersetuju dengan status Penasihat Kewangan tersebut. Ini berikutan, sambutan hari raya adalah setahun sekali, maka balik kampung adalah suatu kemestian untuk menziarahi kedua ibu bapa dan hari untuk kita bergembira setelah sebulan berpuasa.

Selamat menonton. Hati-hati memandu dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. - CARI Infonet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
33
Marah
22
Terkejut
31
Sedih
13
Lawak
25
Bosan
22

Previous : Dilema Baju Raya & Menu Raya!

Next       : Pengertian Ucapan Raya!

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.049775s Gzip On
To Top