Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Songkok Tradisional Kudrat 'Tangan Ajaib' Jadi Rebutan Di Pulau Pinang

15-6-2016 11:29 AM| Komen: 5

Kedai Songkok OSM Mohd Shariff dibuka sejak 70 tahun lalu
Oleh Izzah Abbasy

Kini songkok sering digunakan oleh masyarakat beragama Islam di Malaysia biasanya berwarna hitam polos atau biru kehitaman.

Siapa sangka di sebalik kudrat seorang lelaki berusia 68 tahun tersimpan 'tangan ajaib' yang handal menjahit songkok secara tradisional yang terkenal di Pulau Pinang.

Kedai yang terletak di Lebuh King, dikenali sebagai Kedai Songkok
OSM Mohd Shariff dibuka sejak 70 tahun lalu selepas bapanya membuka kedai berkenaan, sekitar 1940-an.

Hari ini, pembuatan songkok adalah perusahaan yang hampir mati dan tinggal hanya sebilangan kecil pembuat songkok yang meneruskan perusahaan tradisi ini.

Haja Mohideen Mohd Shariff belajar membuat songkok daripada bapanya ketika berusia 12 tahun.

Beliau sering menerima tempahan untuk pelbagai jenis songkok sebulan sebelum Ramadan dan setiap tahun perlu menghasilkan 700 songkok untuk memenuhi permintaan.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelanggannya lebih menggemari songkok baldu hitam atau biru dengan ketinggian sederhana, 8.9 sm manakala yang mempunyai kelim berwarna perak atau emas khusus untuk kerabat diraja.

Harga sebuah songkok bergantung kepada saiz, jenis kain dan corak dan kebanyakan songkok OSM Shariff dijual antara RM23 ke RM35 setiap satu.

Jika anda ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk menempah songkok tradisional ini. Pasti boleh dipakai lama. - CARI Infonet









Kredit : FreeMalaysianToday
Kredit Foto : Google



Lihat Komen Comments: 5 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2

Previous : Kurta Hoodie, Untuk 'Abam' Bergaya Raya Ini

Next       : Top 5 Fesyen Hijab Popular Pilihan Si Gadis Menjelang Raya

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 16-6-2016 10:29 AM
Artemesiaa replied at 15-6-2016 01:47 PM
Sampin ngan butang baju melayu tokey jakel dah bagi free so tak perlu nak promote sangat

owh.. gtu plok.

Lain-lain Komen

Quote MH3703 15-6-2016 11:33 AM
tak minat lah hsongkok yg ada render2,patern2, yg tinggi2 ni...mcm sakai...lebih prefer pakai yg songkok yg basic/biasa...nampak class
Quote Artemesiaa 15-6-2016 01:04 PM
Tiap kali bulan posa dan nak raya pasti ada cerita pasal pengusaha songkok
Quote chinta89 15-6-2016 01:41 PM
Artemesiaa replied at 15-6-2016 01:04 PM
Tiap kali bulan posa dan nak raya pasti ada cerita pasal pengusaha songkok

pengusaha sampin xde ke?
Quote Artemesiaa 15-6-2016 01:47 PM

Sampin ngan butang baju melayu tokey jakel dah bagi free so tak perlu nak promote sangat

Quote chinta89 16-6-2016 10:29 AM
Artemesiaa replied at 15-6-2016 01:47 PM
Sampin ngan butang baju melayu tokey jakel dah bagi free so tak perlu nak promote sangat

owh.. gtu plok.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043361s Gzip On
To Top