Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Nak Solat Dulu Atau Makan Yang Utama?

16-6-2016 04:13 PM| Komen: 3

Kedengaran soalan 'solat dulu ataupun makan dulu'
Oleh Izzah Abbasy

Ketika bulan Ramadan pasti akan kedengaran soalan 'solat dulu ataupun makan dulu'. Bagaikan teka-teki tapi itulah perkara yang biasa ditimbulkan.


Ini penjelasan daripada Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) ;

Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w. kita akan dapati penegasan yang sebaliknya. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang.

Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan:

Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.


Jangan Salah Faham

Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. Hal yang sama apabila kita dilarang bersolat dalam keadaan terasa ingin membuang air besar ataupun air kecil. Nabi bersabda:

Tiada solat (jangan dirikan solat) dalam keadaan makanan terhidang dan dalam keadaan menahan air besar atau air kecil (Riwayat Muslim).


Ini bukanlah bererti kita menganggap buang air besar dan kecil itu lebih utama dari solat, sebaliknya mendahului kedua perkara itu demi menjaga kepentingan solat. - CARI Infonet


Kredit : drmaza.com






Lihat Komen Comments: 3 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0

Previous : Batalkah Puasa Sekiranya Menelan Kahak Atau Lendir Di Tekak?

Next       : Wanita Hamil Kerap Muntah Boleh Terbatal Puasa?

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-6-2016 05:10 PM
Dua dua pun boleh ikut kesesuaian

Lain-lain Komen

Quote -electrifying- 16-6-2016 04:42 PM
Tp mkn pon jgn la smpai kyg sgt..
Nnti jdi mlas plak
Quote prettyuglybabe 16-6-2016 04:59 PM
kat masjid buka dulu ke, solat dulu?
Quote Artemesiaa 16-6-2016 05:10 PM
Dua dua pun boleh ikut kesesuaian

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.039529s Gzip On
To Top