Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Pesakit Asma Ambil Inhaler Ketika Puasa, Bolehkah Ustaz?

17-6-2016 03:38 PM| Komen: 6

Ustaz, apa hukumnya mengambil penyembur gas
oleh Adib Za

Ustaz, apa hukumnya mengambil penyembur gas untuk pesakit lelah/ asma?


Berikut merupakan jawapan seperti yang dipetik menerusi laman ustaz Zaharuddin:


Hukumnya: Pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Namun itu adalah pandangan sebahagian ulama kontemporari yang menyakini masuknya serbuk jisim gas ke dalam perut. 

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)


Sumber foto: carian google



Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

Pandangan terpilih adalah TIDAK BATAL, kerana terdapat perbezaan informasi dan data oleh para pakar perubatan berkenaan ketepatan fakta masuknya jisim ke dalam perut pada setiap kali semburan dibuat. Justeru, hukum puasa adalah kekal di atas sifat asalnya iaitu sah selagi belum terdapat bukti nyata dan diyakini terbatalnya ia. Sebagaimana kaedah Fiqh "

والأصل بقاء الشيء على ما هو عليه

Ertinya : Hukum asalnya, kekalnya hukum sesuatu pada sifat sebelumnya.

Justeru, jika ada sekalipun jisim yang termasuk ke dalam perut, ia bukanlah makanan yang mengenyangkan dan bukan pula dilakukan secara suka-suka serta ia tergolong dalam ubat-ubatan yang diperlukan secara mendesak. Selain itu, jisim yang termasuk ke dalam perut pula adalah tergolong di dalam kategori DIMAAFKAN sebagaimana beberapa kadar air yang tertinggal di atas lidah dan dalam hidung semasa berkumur dan berwudhu. Wallahu'alam. - CARI Infonet


Sumber: Zaharuddin.net


Lihat Komen Comments: 6 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
1
Terkejut
10
Sedih
5
Lawak
8
Bosan
15

Previous : Wanita Hamil Kerap Muntah Boleh Terbatal Puasa?

Next       : Keliru Yang Mana Lebih Afdal, Solat Terawih Atau Baca Quran?

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote UmbrellaCorps 19-6-2016 06:58 PM
auntie_girl replied at 19-6-2016 04:53 AM
now ada yg generic punya; sebab katanya patern utk GSK dah expired. aunty punya yg GSK still ada l ...

yang generic tu macam Sandoz Airflusal murah sikit dari GSK Seretide. Sekarang pesakit asthma ada byk pilihan boleh cari yg murah dan berkesan, sesuai dgn budget. yg tetap setia dgn GSK boleh teruskan. Iols bila pharmacist syor amik yg generic, terus cuba.. beza byk jugak dlm RM30-40 ... tp kesan mmg sama..

Lain-lain Komen

Quote kentel 17-6-2016 04:30 PM
islam tu mudah, asalkn bnda tu memudaratkan kesihatan, baik ambik je inhaler...
Quote UmbrellaCorps 17-6-2016 08:51 PM
aku dulu masa pakai  ventolin accuhaler memang alamat tak posa la,  2-3 jam sekali kena sedut... pastu bila keluar inhaler jenis combination macam seretide baru ok, at least buleh tahan tak kena attack 12-24 jam.. tapi mahal sikit la...
Quote zie_indah 18-6-2016 09:54 AM
Mula2 dulu ckp sedut gas batal puasa jd sy akan selalu bertahan untk x amik gas walaupun ada serangan asma
Skrg alhmdulillah inheler baru sy ni lebih berkesan
Quote L211 19-6-2016 03:53 AM
i amek inhaler.. berpuasa mcm biasa unless dah tahap teruk tu lain cerita
Quote auntie_girl 19-6-2016 04:53 AM
UmbrellaCorps replied at 17-6-2016 08:51 PM
aku dulu masa pakai  ventolin accuhaler memang alamat tak posa la,  2-3 jam sekali kena sedut... pas ...

now ada yg generic punya; sebab katanya patern utk GSK dah expired. aunty punya yg GSK still ada lagi so tak beli lagi la yg brand baru tu...tapi still 50-250 dos dia la....
Quote UmbrellaCorps 19-6-2016 06:58 PM
auntie_girl replied at 19-6-2016 04:53 AM
now ada yg generic punya; sebab katanya patern utk GSK dah expired. aunty punya yg GSK still ada l ...

yang generic tu macam Sandoz Airflusal murah sikit dari GSK Seretide. Sekarang pesakit asthma ada byk pilihan boleh cari yg murah dan berkesan, sesuai dgn budget. yg tetap setia dgn GSK boleh teruskan. Iols bila pharmacist syor amik yg generic, terus cuba.. beza byk jugak dlm RM30-40 ... tp kesan mmg sama..

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081224s Gzip On
To Top