Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Memori Ramadan : Tiada Lagi Gema Beduk Kedengaran Ketika Sahur

21-6-2016 02:46 PM| Komen: 8

Semua itu hanya tinggal memori. Tak mungkin dapat diulang kembali
Oleh Izzah Abbasy

Zaman dahulu sambutan Ramadan pasti meriah lagi-lagi menjelang waktu sahur.

Pasti ada yang tersenyum sendiri apabila terkenangkan bunyi paluan beduk atau gendang yang suatu masa dahulu pernah menjadi 'penggera utama' untuk mengejutkan seluruh penduduk kampung untuk bangun sahur.

Namun, teknologi dan zaman terus melenyapkan amalan sedemikian yang akhirnya hanya layak disimpan sebagai nostalgia Ramadan bagi generasi yang pernah melalui zaman itu.

Jika dahulu, orang pukul gendang, beduk dan sejenis alat diperbuat daripada kayu yang dipanggil tuk tuk. Tuk tuk dipukul di atas kayu berlubang yang mana bunyi dan gemanya lebih kuat. Ada juga yang ketuk alat tembaga yang dipanggil cembul.

Bak kata orang-orang tua, semua itu hanya tinggal memori. Tak mungkin dapat diulang kembali. Tanpa disedari, secara perlahan-lahan ia meninggalkan kita. Percayalah amalan yang seakan-akan lenyap itu tidak akan terus terbenam ditelan zaman kerana sebagai pembina budaya, manusia juga yang melenyapkannya.

Definasi sahur juga berbeza dalam kalangan masyarakat kini, di mana budaya sahur dianggap 'supper' hinggakan ia bagai tidak memberi erti kerana budaya makan di luar atau di restoran yang dibuka 24 jam dicipta manusia.

Adakah anda pernah mendengar bunyi paluan beduk? - CARI Infonet








Lihat Komen Comments: 8 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0

Previous : "Ada WiFi Tak? Tak Ada" Iklan Raya Maxis 2013 Taktik Paling 'Win' Kena Cuba

Next       : Tiap Kali Raya Dulu-dulu Berebut Beli Capal, Kini Masih Jadi Pilihan Tak?

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote boyagombak 23-6-2016 03:42 PM
Lagu ini ditujukan khusus untuk semua warga CI dan umumnya utk semua umat Muslimin Muslmat yang bakal menyambut hari raya puasa tidak lama lagi.


Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya

Lain-lain Komen

Quote yusryimran 21-6-2016 03:37 PM
hakak xpernah dengar bunyi beduk yang akak selalu dengar bunyi alarm clock tepat pada waktu yang telah di tetapkan....
Quote Artemesiaa 21-6-2016 04:43 PM
Zaman sekarang ni sesetengah masjid dan surau pun dah tak ada benda beduk ni.  Kebanyakanya  guna speaker je.
Quote amukgemuk 21-6-2016 04:47 PM
Tak ada pun tak apa--pokcik tahun 50s kuciwa bilamana anakanda 70s melupai cara menari main putri---atau membuat jerat pelanduk--
bertenang sudahh---nanti kita juga syidih bila cucunda tidak menggesek di permukaan skrin---kerana teknologi suda pakai anak mata untuk aleh imej---jangan syidih pagi raya or kerana perubahan teknologi---sia sia apa adanya
Quote mujer_in_espejo 21-6-2016 07:16 PM
Kat kmpg masih ada beduk nih.. lepas ja takbir raya first ada la yg bunyikan. Tu je la masa dia bunyi.. sekali setahun
Quote AbukRokok 21-6-2016 08:49 PM
mujer_in_espejo replied at 21-6-2016 07:16 PM
Kat kmpg masih ada beduk nih.. lepas ja takbir raya first ada la yg bunyikan. Tu je la masa dia buny ...

ai last sekali dengar masa kecik habis je solat tarawih adala yg pegi ketuk benda tu...
20 tahun yg lalu

Quote mujer_in_espejo 21-6-2016 09:00 PM
AbukRokok replied at 21-6-2016 08:49 PM
ai last sekali dengar masa kecik habis je solat tarawih adala yg pegi ketuk benda tu...
20 tahun  ...

20thun yg lalu lamanya  
Ai masih kanak2 lg tuh  
Motip sume org xjumpa lg benda ni kat kmpg uolls? Uolls x balik kmpg ke..ke mmg asal bandaq? Or kmpg ai je yg old school?  

#jgnditanyakampungakudimana    
Quote boyagombak 23-6-2016 03:36 PM
Biasanya bila saja sudah masuk ke pukul 3 pagi dan keatas, maka akan adalah sekumpulan anak2 muda yang akan memukul gendang secara berirama dan secara bergilir-gilir.
kadang-kadang gendang tersebut akan diusung diatas basikal lalu dibawa ketengah2 tempat lapang lalu dipukul sekuat-kuatnya dan secara berirama. Berlawan-lawan pulak dengan kumpulan gendang dari kampong sebelah, celen siapa paling kuat dan paling sedap serta siapa boleh bertahan lama sampai waktu adzan subuh. Tak ubah macam bunyi genderang orang nak berperang layaknya. Eh kalau tak biasa, bukan senang nak mengetuk gendang hingga mengeluarkan bunyi-bunyian yg merdu tau.
Bila dah ada speaker meker ni semua, maka lama kelamaan khidmat gendang ini akhirnya terus dilupakan. Gendang, beduk dan tabuh pun lama kelamaan terus terbiar mereput dan tidak lagi ada yang membuatnya semula. Cuma rebana ubi, kompang, hadrah mungkin sahaja masih ada yg membuatnya kerana rebana ubi dan kompang masih lagi dipermainkan di acara2 tertentu
Quote boyagombak 23-6-2016 03:42 PM
Lagu ini ditujukan khusus untuk semua warga CI dan umumnya utk semua umat Muslimin Muslmat yang bakal menyambut hari raya puasa tidak lama lagi.


Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042644s Gzip On
To Top