Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Lagu Raya Senario Tetap 'Awesome' Sampai Bila-bila

23-6-2016 04:26 PM| Komen: 44

Dari zaman kegemilangan Sinaran lagi kumpulan Senario tak pernah mengecewakan
Oleh Izzah Abbasy

Dari zaman kegemilangan Sinaran lagi kumpulan Senario tak pernah mengecewakan kita semua.

Bukan sahaja popular menjadi pelawak, malah hebat sebagai pelakon, penyanyi dan juga pengacara.


Antara banyak-banyak lagu raya Senario, penulis nak kongsikan dengan anda lagu raya Seminggu Berhari Raya ini. Jika dengar lirik lagu tersebut banyak ceritanya seakan sama pengalaman raya kita.



Yang paling penting, keluarlah lagu raya baru daripada kumpulan mana-mana pun, Senario tetap 'awesome' sampai bila-bila. Sedap saja hawa telinga mendengarnya. Betul tak? - CARI Infonet

Seminggu Berhari Raya - Senario

Raya pertama dengan keluarga
Ayah bonda maaf dipinta
Adik-adik senyum selamba
Sarung ada duit tak ada

Raya kedua dengan saudara
Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
Yang tua bersembang kisah lama
Yang muda mengadap TV aje

Raya ketiga ke rumah kawan
Bekas murid satu tingkatan
Terhibur hati tak dapat bayangkan
Riuh macam pasar ikan

Korus

Seminggu berhari raya
Kunjung mengunjung rumah terbuka
Jalinkan kasih sesama kita
Lupakan saja sengketa lama

Raya keempat yang istimewa
Ke rumah Intan pujaan teruna
Tiba di halaman hatiku hampa
Kasut capal penuh di tangga

Raya kelima diajak teman
Jalan-jalan sampai ke pekan
Tengok wayang filem Hindustan
Ayoyo duit habis belanja teman

Raya keenam rumah Tok Ketua
Harapan nak duit raya
Dihulur pula tabung derma
Balai yang baru nak dibina
Di mana!

Raya ketujuh berehat saja
Esok puasa enam pula
Habis puasa sambung beraya
Selagi Syawal masih ada







Lihat Komen Comments: 44 Balas Komen

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
4
Terkejut
8
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
6

Previous : Khalifah Dendang Lagu 'Hang Pi Raya' Pula, Layan!

Next       : Parodi Raya 3 Suara, Antara Paling Awal Dalam Sejarah?

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kenzou 6-12-2017 08:01 PM
Lagu seminggu berhari raya tu mmg happening. Aku ingat lagi....

Tahun tu beraya belah kedah (ada 2 kampung perak or kedah),slalunya aku akan balik raya 1 minggu sebelum raya sbb cuti sekolah kan dan lagi 1 aku suka raya kat kedah sbb ada geng, belah perak ramai kaum wanita dan lelaki tak de yang sebaya. Mmg syok lah raya tahun tu, smpai je kampung mmg mcm mcm benda aku dgn spupu aku plan. 2 hari sebelum raya mmg kitorang akan gi ronda alor star smpai tgh malam.  Mmg terasa sgt suasana raya tu. Puas shopping shopping, balik rumah tok mesti ikut jalan dalam sbb dapat menikmati udara nyaman dgn sawah bendang. Sambil sambil tu melalak la kitorang atas moto. Lagu senario ni jugak yang kitorang repeat repeat. Hahaaaa.

Lain-lain Komen

Quote Raizel 23-6-2016 04:33 PM
Suka sangat lagu ni dan cerita senario 3. masa tu tayang waktu raya kan? memori betul...
Quote balakkampung 23-6-2016 04:42 PM
senario yg group asal paling terbaekk...lagu raya senario paling best yg..

Lirik Lagu Puasa & Raya C Senario

Hari raya semua bagai nak gila
Bila puasa buat-buatlah lupa
Berpakaian semua harus sepadan
Tapi puasa tak cukup sebulan
Berpuasa rukun Islam ketiga
Wajib kita untuk menunaikannya
Tidak kira usia tua dan muda
Miskin dan kaya semua serupa

Anak-anak gembira bila syawal menjelma
Lebih hebat ibu dan bapanya
Berhabis tak berkira asal nampak bergaya
Walau hutangnya panjang berjela
Habis raya semua mula bekerja
Poket kosong baru ingat nak puasa
Kawan semua buat tak tahu saja
Nak pinjam duit teringat hutang lama
Ini kisah jadi tauladan
Biar kita buat sempadan
Banyak-banyakkan amalan
Duit habis dalam simpanan
Cakap banyak nanti ku tangan
Tak baik, kesian
kita harus kuatkan iman
Hidup ini banyak dugaan
Memang tidak dinafikan
Dari itu kita elakkan
Di bulan Ramadan memang tak tahan
Jangan ikut perangai syaitan
Quote Esmiria 23-6-2016 04:47 PM
act,lagu rya lma tetap pilihan aku eventbpugh yg bru kluo.yg kluo bkn pilihn aku
Quote sofiazara 23-6-2016 05:27 PM
balakkampung replied at 23-6-2016 08:42 AM
senario yg group asal paling terbaekk...lagu raya senario paling best yg..

Lirik Lagu Puasa & Ray ...

lagu ni mmg mengena dgn ramai org kan
Quote acikhan 23-6-2016 05:33 PM
Love senario lelebih lg wahid time dodulu merembes siot laa nie da kuyup
Quote awaynepian 23-6-2016 09:07 PM
balakkampung replied at 23-6-2016 04:42 PM
senario yg group asal paling terbaekk...lagu raya senario paling best yg..

Lirik Lagu Puasa & Ray ...

Yap.n aku vote yg ni kalau compare lagu kt atas. siap hafal lirik dia..xsalah album ni tahun 1997.
Quote epal_ijau 23-6-2016 11:41 PM
Senario mmg legend.. dolu2 bile nk raye je msti tggu sitcom senario edisi raya..mcm wajib gitu klau nak raya mst nk tgk senario raya.. nostalgia sungguh.
Quote tomet05 24-6-2016 05:43 AM
semogaberjaya lah kan
Quote tagas 24-6-2016 06:15 AM
Very da memories zaman aku bbnu dulu
Quote dinopower 24-6-2016 08:56 AM
tahun 2000 an senario pemes lg.... time bljr dulu tak tinggal tgk ni......
siri paling legend yg depa nak jd grup ala2 elite tuh..... sampai skrg tgk nak gelak guling2
Quote miz_butcher 24-6-2016 09:02 AM
Peberet aku ni ms kecik2 dulu, siap beli kaset album dorang lagik. Semua lagu aku suke. Dok ulang pasang kat radio kotak. Lirik lagu dia banyak pengajaran tapi enjoy dalam masa yang sama. Movie pon best-best
Quote -electrifying- 24-6-2016 09:51 AM
legend ni... lagu pon sdap2...
Quote Denco 24-6-2016 09:53 AM
ye betuullll....lagu raya yg sgt sinis dan menghiburkan
lagu mcm ni la yg dekat di hati pendengar
Quote famri7 24-6-2016 10:32 AM
Sitcome senario memang sampah sarap tapi movie diorang best..sebab diorang x buwat lawak bodoh spastik dlm muvie...and movie diorang sgt progressive especially yng crita yng tumpang2 kereta sampai dlm estet abis smua orang join  skali travel..goodtimes.
Quote sipendiam 24-6-2016 11:26 AM
aku teringat filen senario yang syanie jadi perogol tu.. seremmm
Quote damian_lee 24-6-2016 11:48 AM
famri7 replied at 24-6-2016 10:32 AM
Sitcome senario memang sampah sarap tapi movie diorang best..sebab diorang x buwat lawak bodoh spast ...

filem yang ada minah india punya character tu ke?
itu memang best ....

tapi kalau compare dengan pelawak kelahiran Maharaja Lawak ... prefer senario .... LOL
Quote famri7 24-6-2016 11:50 AM
sipendiam replied at 24-6-2016 03:26 AM
aku teringat filen senario yang syanie jadi perogol tu.. seremmm

Saya syak sis konfius..bukankah adibah noor? Shanie jatuh longkang angkat naik kren kan?

Saya syak jah.
Quote sipendiam 24-6-2016 11:54 AM
famri7 replied at 24-6-2016 11:50 AM
Saya syak sis konfius..bukankah adibah noor? Shanie jatuh longkang angkat naik kren kan?

Saya s ...

adibah noor ya sis? matilah konfius.
Quote blinkazwa 24-6-2016 12:32 PM
aku suka satu sitkom senario yang diorg jadi askar tu.
ketua askar tu shamsul ghau ghau..
kelakar betul aku rasa masa diorg berlatih berguling2 atas simen..

masa movie senario pun best kan. tak melalut buat lawak bodo dlm filem..

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053544s Gzip On
To Top