Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gugusan Pulau Berbentuk Hati Bakal Dibina Di Dubai

9-12-2016 06:10 PM Komen: 6

Gugusan pulau dengan vila mewah terapung dilengkapi salji serta hujan di pesisir pantai Dubai bakal dibangunkan oleh sebuah syarikat Eropah yang dikenali sebagai Kleindienst. 

Menurut laporan Forbes, selain telah menandatangani kontrak bernilai Dh4.8 bilion (RM5.8 bilion), syarikat tersebut juga mengumumkan pelantikan tiga syarikat bagi memulakan segera pembinaan keperluan infrastruktur, hotel dan resort di atas gugusan enam pulau, yang turut membabitkan pembangunan The Heart of Europe.

The Heart of Europe yang terletak ditengah-tengah projek mega itu adalah sebuah pulau berbentuk hati yang diilhamkan dari Maldives, akan menampilkan vila kuda laut dengan bilik yang berada di bawah air, pantai pasir putih, lagun, kolam renang luas dan taman terapung.

Ia akan menampatkan pulau yang dinamakan sebagai St Petersburg, Jerman dan Europe.

Menurut Kleindienst, surat akujanji penerimaan yang ditandatangani pada 29 November lalu antara syarikat berpangkalan di Dubai C JK Bauen Building Contracting dan dua syarikat China, Wuchang Ship Building Industry Group dan Sino Great Wall International Engineering, secara rasmi menganugerahkan projek berkenaan. 

Pemeteraian perjanjian itu akan menjamin kerja pembinaan serta-merta resort, hotel dan projek infrastruktur di pulau-pulau berkenaan.- CARI

sumber foto: http://www.thoe.com/

sumber foto: http://www.thoe.com/
sumber foto: http://www.hoteliermiddleeast.com/



Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
17
Terkejut
14
Sedih
14
Lawak
11
Bosan
17
0
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 12-12-2016 01:25 AM
The Heart of Europe tapi duduknya kat pesisir Dubai.

Lepas ni boleh mintak Najib tukar nama Bandar Mesia Sg.Besi kepada Guangzhou Mini-Me.
Mencurah-curah pembeli datang.

Lain-lain Komen

Quote akujerangkung 9-12-2016 07:19 PM
Boleh dpt projek ?
Quote whitemagic 9-12-2016 07:33 PM
untungla dubai kaya
Quote manjalara_01 9-12-2016 07:34 PM
Edited by manjalara_01 at 9-12-2016 07:37 PM

seahorse? ingat ape la tadi..alaa $3.2 mil? celah gigi JB je tu


Quote cknoriz 12-12-2016 12:31 AM
terlebih canggih makin menakutkan plak nengoknyerr...
Quote kemaruk 12-12-2016 01:14 AM
Bangkem selalu buat gugusan pulau berbentuk tahi dalam jamban
Quote airfilterkotor 12-12-2016 01:25 AM
The Heart of Europe tapi duduknya kat pesisir Dubai.

Lepas ni boleh mintak Najib tukar nama Bandar Mesia Sg.Besi kepada Guangzhou Mini-Me.
Mencurah-curah pembeli datang.

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top