Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Jadi Model Wilhelmina, Dicalon Dalam E! - Yuna Mendunia Lagi!

19-9-2019 09:22 AM|natrahn| Komen: 136


Selepas gambar muka depan album terbarunya 'Rouge' terpapar di dalam iklan Apple Music, Yuna kini telah melebarkan sayapnya dalam bidang modelling dengan bernaung di bawah agensi pemodelan terkemuka dunia, Wilhelmina Models.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32, berkongsi khabar gembira berkenaan menerusi Instagram peribadinya.



“Hello dunia! Inilah berita yang saya ingin kongsikan kepada anda semua. Wanita milik kamu ini sekarang sudah menyertai @wilheminamodels!.

“Siapa pernah sangka, mak, kita berjaya lakukannya!" tulis Yuna di mana dia jelas teruja menjadi antara selebriti dipilih untuk bernaung di bawah agensi terkenal itu.


Sebaik membuat pengumuman itu, penyanyi Dan Sebenarnya berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada ramai rakan artis baik tempatan mahupun antarabangsa. Tidak terkecuali, penyanyi dari Indonesia, Anggun.

Yuna juga telah berjaya dicalonkan dalam kategori Most Inspiring Asian Woman untuk acara berprestij E! People’s Choice Awards 2019.

Menerusi pencalonan ini, Yuna menyeru kepada semua peminat dan rakyat Malaysia untuk mengundinya bagi membolehkan calon dari Malaysia merangkul pengiktirafan itu.

Kredit Foto - Instagram Yuna

E! People’s Choice Awards 2019 akan berlangsung pada 11 November depan di Barker Hangar, California, AS dan sudah pasti acara yang paling dinanti-nantikan ini bakal mendapat liputan luas serata dunia serta kunjungan selebriti ternama.

Semoga Yuna berjaya merangkul kemenangan dalam kategori Most Inspiring Asian Woman 2019. Selamat Maju Jaya Yuna! - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 136
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : "Dia Bukan Gay, Malah Dia Bencikan Kaum Gay"- Lufya Nafi Suami Songsang

Komen Terbaru

Quote Gomea 22-9-2019 07:06 PM
Congrats yuna. Berbaloi dengan usaha. Sekarang da mendunia. Go go yuna

Lain-lain Komen

Quote sukacactus 19-9-2019 09:38 AM
Tahniah Yuna!
Quote nazzse 19-9-2019 09:43 AM
muka dia ni lain betul sekarang but still tak minat sheols
Quote duri_durians 19-9-2019 09:53 AM
terus maju ke depan, you go girlll
Quote fliphair8 19-9-2019 09:54 AM
Go Yuna Go....still not a fan, but proud of her..hehehhe
Quote Levespa 19-9-2019 10:02 AM
mmg model material pun yuna ni
Quote Kurex 19-9-2019 10:11 AM
Harap hatta tak panggip yuna ni supermodel macam mana dia panggil si hitam (aku lupa nama) tu supermodel
Quote mieymiey 19-9-2019 10:22 AM
Tahniah Yunalis
Quote famri7 19-9-2019 10:30 AM
Sementara ajjah gigit jari.sambil makan meecelop.
Quote MimiLalat 19-9-2019 10:51 AM
Wihuuu. Tahniah yuna. Hopefully Yuna tak belanja mat salleh kulit betiss la kat pesyen show mane mane nanti kan. Biar jela influencer no 1 malaysia belanja kat show prada. Kahkahkah
Quote awanearisu 19-9-2019 10:57 AM
Memang tak sangka. Menjadi model selepas bergelar isteri pula tu. Jarang amat berlaku. Tahniah Yuna.
Quote Lelli 19-9-2019 10:58 AM
Congrats Yuna..


Quote simatakucing 19-9-2019 11:01 AM
Tahniah yuna...
Quote natrahn 19-9-2019 11:01 AM
awanearisu replied at 19-9-2019 10:57 AM
Memang tak sangka. Menjadi model selepas bergelar isteri pula tu. Jarang amat berlaku. Tahniah Yuna.

rezeki lepas kahwin... husband dia pun rasanya sentiasa dengan Yuna. Sebab tengok gambar/video Yuna dia yang ambil.
Quote anakkerengga 19-9-2019 11:21 AM
MimiLalat replied at 19-9-2019 10:51 AM
Wihuuu. Tahniah yuna. Hopefully Yuna tak belanja mat salleh kulit betiss la kat pesyen show mane man ...

Huhu.. yeke.. tgk gmbr kat ig hajah takde pulak nmpk betis
Quote MimiLalat 19-9-2019 11:39 AM
anakkerengga replied at 19-9-2019 11:21 AM
Huhu.. yeke.. tgk gmbr kat ig hajah takde pulak nmpk betis

Kena kecam la die kalau post. Aku pun tgk kt website gettyimages terus. Dah tau diri tu rendang pi pakai skirt napeee. Tak ke belanjaa terus kulit puteh tu. Ak perati je sbb die hajjah 2 kali kot
Quote yuki0307 19-9-2019 11:45 AM
Awat semua orang salah faham ingat yuna jadi model? Wilhelmina Models tu bukan setakat modelling agency je, company tu pon act as talent agency. Artis macam Nicki Minaj, Demi Lovato, Shawn Mendes pon sign up dengan agency ni utk manage theyolls.
Quote aleesyasofia 19-9-2019 11:52 AM
tahniah yuna..
Quote Minyakyuyi 19-9-2019 11:55 AM
Edited by Minyakyuyi at 19-9-2019 12:00 PM
MimiLalat replied at 19-9-2019 11:39 AM
Kena kecam la die kalau post. Aku pun tgk kt website gettyimages terus. Dah tau diri tu rendang pi ...

haha dh tgk nmpk lutut tp cover dgn tgn ckit...pakai stokin tuu..penangan 13 vs 1 katanya..
Quote umbut 19-9-2019 11:57 AM
Knp aku tetap x minat lagu2 dia.. hahaha.. ariana grande pun suara ala2 tapi lagu2 dia sedap

Lihat semua komen(136)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.133755s Gzip On
To Top