Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Yazit Search Kembali Ke Rahmatullah

26-9-2019 01:46 PM|Sang_Pencinta| Komen: 24

Jam 11.53 pagi tadi, doktor mengesahkan pemain drum lagenda yang merupakan tunjang serta pengasas kumpulan Search iaitu Yazit Ahmad atau lebih dikenali sebagai Yazit Search telah kembali ke Rahmatullah (Sumber Febian TV).

Semalam, bekas pemain dram kumpulan search, Yazit Ahmat, 57, dilaporkan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan sokongan hayat.

Keadaan Yazit itu dimaklumkan isteri Yazit, Ramlah Mat 59, kepada Harian Metro, semalam. Menurut Ramlah, doktor mengesahkan otak yazit tidak berfungsi dan mengalami sawan kerana kekurangan oksigen.



Kredit foto: Harian Metro

'Doktor berusaha memberikan yang terbaik tetapi jika jantungnya berhenti mengejut, mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi dan meminta kami redha' tambahnya.

Bekas pemain dram itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi oleh anaknya berikutan masalah sesak nafas. Terdahulu beliau pernah dimasukkan ke hospital awal bulan ini atas masalah yang sama tetapi dibenarkan keluar dua hari kemudian.


Kredit foto: Berita Harian

'Kejadian pagi ini (semalam) lebih membimbangkan, keadaannya lemah, mulutnya berbuih, malahan ketika tiba di Unit Kecemasan jantungnya sempat terhenti dan banuan pernafasan terpaksa diberikan sehingga keadaannya pulih' terang Ramlah.

Dimasukkan di Zon Merah, Yazit ditidurkan untuk mengstabilkan keadaan dan doktor memberitahu peluangnya hanya 80:20 kerana pelbagai komplikasi.

'Dia mengalami sawan kerana tiada oksigen di otak, paru-parunya berkuman dan buah pinggangnya sudah rosak, disebabkan usianya tulangnya reput kerana rawatan dialysis' tambah Ramlah.


Kredit foto: Carian Google

Takziah buat ahli keluarga Allahyarham. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 24
Komen

Previous : Imej Naqiu Boboy Sekarang Sama Macam Iqram Dinzly, Betul Ke?

Next       : "Fikiran Jangan Kolot Sangat"- Respons Bella Astillah Dikecam Duet Live Dengan Bekas Suami

Komen Terbaru

Quote videcloset 8-11-2019 11:52 AM
takziah. innalillah

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 26-9-2019 01:51 PM
Takziah, beliau antara pemuzik lagenda negara

Sayang nasib tidak terbela semasa hayatnya
Quote raxief 26-9-2019 02:05 PM
innalillahi wa inna ilaihi roji'un
Quote CikB 26-9-2019 02:13 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote haruno_sakura 26-9-2019 02:29 PM
Salam takziah pd keluarga arwah.
Moga rohnya dicucuri rahmat dn ditmptkn di kalangan yg beriman
Quote shark_eow7 26-9-2019 02:30 PM
innalilalhiwainnailaihirajiun.
Quote Twirlyhoo 26-9-2019 02:37 PM
Salam takziah buat keluarga dan peminat arwah
Quote helicornia 26-9-2019 02:51 PM
baru je dengar berita kritikal. tapi lama dah dia sakit kan
Quote aqissa 26-9-2019 03:26 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
Salam tahziah pd familynya
Quote Megikari 26-9-2019 03:35 PM
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Tengok gambar nampak macam umurnya dah 70 tahun.. Tapi rupa2nya baru 57. Maybe nampak jauh lebih tua sebab sakit.
Quote MadameOnion 26-9-2019 03:38 PM
Salam takziah
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un
Quote jijilaaa 26-9-2019 03:44 PM
baru ku tahu dia bekas suami kepada sharifah shahira...


takziah
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un
Quote diss69 26-9-2019 03:48 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun... Salam takziah buat keluarga arwah..
Quote fliphair8 26-9-2019 03:54 PM
takziah buat keluarga, inna lillahi wainna ilaihi rojiun
Quote Kurex 26-9-2019 04:02 PM
Dari Allah S.W.T kita datang dari Dia jualah kita akan dikembalikan.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orng yang beriman dan diterima segala amalannya.. Amin..
Quote nanies 26-9-2019 04:28 PM
Dari Allah S.W.T kita datang dari Dia jualah kita akan dikembalikan..
Quote Zona2020 26-9-2019 05:08 PM
innalillahi wa inna ilaihi roji'un
Quote melati00 26-9-2019 05:46 PM
Salam takziah buat keluarga allahyarham

Quote epuepy 26-9-2019 07:11 PM
Innalillah. Salam takziah utk keluarga arwah
Quote thetimes 26-9-2019 07:58 PM
Innalilah...Salam takziah

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.387726s Gzip On
To Top