Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Artis Indie Tempatan, Lyia Meta Raih Anugerah Antarabangsa di Tennessee

14-10-2019 10:35 AM|Oleh: ramossterritory | Komen: 17

Mungkin kita jarang sekali mendengar nama Lyia Meta dalam industri muzik tempatan atau di kaca televisyen. Mungkin ada di antara kita yang pertama kali mendengar nama ini di mana-mana medium hiburan. 


Kredit Foto: Malay Mail

Namun, Lyia Meta merupakan contoh yang baik jika disinonimkan dengan peribahasa 'diam-diam ubi berisi' apabila beliau berjaya merangkul anugerah Artis Muzik Dunia 2018 (World Artist of The Year 2018) pada Anugerah Josie Music. 

Anugerah berprestij tersebut dilangsungkan awal bulan ini, bertempat di Tennessee, Amerika Syarikat dan ia dilangsungkan dengan tujuan yang besar iaitu memartabatkan artis-artis indie di serata dunia. 

Ia satu momen yang membanggakan apabila Lyia Meta merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang menghadiri anugerah tersebut.


Kredit Foto: Instagram @lyiameta

Kredit Foto: Instagram @lyiameta

Menurut ProjekMM, Lyia Meta menggambarkan kemenangannya sebagai satu keajaiban kerana beliau jelas akan kehebatan peserta-peserta lain dari luar negara dan secara peribadinya, anugerah yang diraih ini menjadikan beliau lebih yakin.

Untuk yang baru saja mengenalinya, Lyia Meta ialah seorang penyanyi dan penulis lirik berbakat berkelahiran Melaka. Beliau telah mengeluarkan beberapa single sebelum ini termasuklah Without Walls, You Need To Think Again dan Deserving of Love. 

Sebelum ini, Lyia pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016. 

Menarik tentang Lyia, beliau bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian malah dalam bidang seni lukis juga. Kebanyakkan lukisannya boleh dilihat melalui laman Wordpress miliknya. 

Tahniah kerana membanggakan Malaysia, Lyia Meta! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 17
Komen

Previous : Imej Naqiu Boboy Sekarang Sama Macam Iqram Dinzly, Betul Ke?

Next       : "Tolonglah, Saya Tak Campur Hal Datin-Datin" - Uqasha Senrose

Komen Terbaru

Quote BuBuComey 15-10-2019 07:43 PM
Tak kenal tp tahniah la

Lain-lain Komen

Quote cikja 14-10-2019 10:39 AM
Tahniah laaa...wlupun acik x kenal pun lyia meta ni sapo...
Quote Kurex 14-10-2019 11:42 AM
Tahniah & who are yous..
Quote royaldanish 14-10-2019 11:45 AM
Tahniah dik.. teruskan mendonia kat sana mcm yuna & zee avi..

Nanti balik malaysia bukan dieorg minat pun.. kpop je la yg laku
Quote Boomibulat 14-10-2019 11:45 AM
Bangsa ape ni..nama lain mcm..ape2 pn tahniah walau x sehebat award monaco..
Quote mieymiey 14-10-2019 11:46 AM
Tahniah. Lagi sorang artis Malaysia yang mampu menggondol anugerah internationale
Quote Megikari 14-10-2019 12:18 PM
Sumpah tak kenal dia ni. Tak pernah dengar nama pun. Tapi big congrats untuk dia sebab terbukti dia ada bakat, bukannya hidup glemer dengan gosip je
Quote sukacactus 14-10-2019 02:27 PM
Tahniah la dik!
Quote fadz84 14-10-2019 02:28 PM
mieymiey replied at 14-10-2019 11:46 AM
Tahniah. Lagi sorang artis Malaysia yang mampu menggondol anugerah internationale

Yg ni baru blh dibanggakan.. menang dgn bakat seni..
Quote mata.kail 14-10-2019 03:51 PM
Tahniah..skali keluar menang dengan prestasi yang baik...walaupun saya x kenal..tahniah sekali lagi
Quote minah_selekeh 14-10-2019 04:42 PM
Please la wartawan tolong la cover cerita2 camni.. Daripada cerita bodoh Ruhainies, Haneesya dan sewaktu dengannya..
Quote Perawankota 14-10-2019 05:35 PM
Tahniah wlupon x kenal...
Quote fliphair8 14-10-2019 09:10 PM
Hebat dek non hakak tak kenal ni...jaman hakak mendonia takde indie2 ni...hindi or india jek ade dek..tapi hakak layan r&b ngan rock je....
Quote ehehnurza018 14-10-2019 09:32 PM
Bagus semoga berjaya
Quote Kangkung1M 14-10-2019 10:04 PM
Edited by Kangkung1M at 14-10-2019 10:08 AM
mieymiey replied at 13-10-2019 11:46 PM
Tahniah. Lagi sorang artis Malaysia yang mampu menggondol anugerah internationale

Hmmm...maknanya dia ni penyanyi ke-2 tanah air menggondol anugerah 'internationale' selepas Dafi, kan. Ehhh kalau gitu, i pon nak ucap tahniah jugak lah

6.png

6a.png
Sumber: https://kezoom.blogspot.com/2013/11/18-gambar-menarik-dafi-di-romania.html
Quote Eric.n9 15-10-2019 08:03 AM
Tahniah...

Tapi maaf, ni la 1st time dengar nama dia ni
Quote mieymiey 15-10-2019 08:46 AM
Kangkung1M replied at 14-10-2019 10:04 PM
Hmmm...maknanya dia ni penyanyi ke-2 tanah air menggondol anugerah 'internationale' selepas Dafi,  ...

Ya ampun kekkung, anugerah internationale apa pula ni?
Quote BuBuComey 15-10-2019 07:43 PM
Tak kenal tp tahniah la

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.148751s Gzip On
To Top