Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Utusan Beroperasi Semula Awal 2020 Sebagai Lidah Kerajaan PH

Oleh: Tukang Tulis|13-11-2019 10:23 AM Komen: 11
Utusan Malaysia dan Kosmo! tidak lagi berada di pasaran sejak 9 Oktober 2019. Kredit foto: Facebook

Penerbitan akhbar di bawah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang terhenti sejak syarikat tersebut menamatkan operasi pada 31 Oktober lalu, bakal dilancarkan semula pada awal 2020.

Memetik laporan Malaysia Gazette pada 9 November, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof memberi jaminan bahawa Utusan Melayu tidak lenyap sama sekali.

Seperti dibayangkan beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika berucap dalam program Kenduri Rakyat di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan (PH) di Kampung Tenggayun, Kukup, Utusan Melayu akan memainkan peranan sebagai lidah kerajaan.

"Utusan ada..jangan kata tidak ada..

"Utusan (Utusan Melayu) akan dilancarkan kembali insya Allah dalam tahun baru 2020 untuk membantu menyalurkan maklumat-maklumat dari segi pelaksanaan dasar-dasar yang telah pun dibuat dan terus ditambah baik dalam masa beberapa bulan yang akan datang," jelasnya.


Mohd. Redzuan Yusof. Kredit foto: Facebook

Syarikat penerbitan akhbar bahasa Melayu tertua di Malaysia itu tidak lagi beroperasi setelah Pengerusi Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan, operasi syarikat tersebut dihentikan mulai 9 Oktober 2019 dan tarikh akhir perkhidmatan pekerja adalah pada 31 Oktober 2019.

Langkah itu diambil selepas Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang pada 7 Oktober lalu kerana syarikat berkenaan didapati tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.

Aurora Mulia Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan tokoh korporat bumiputera terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membeli permit penerbitan daripada Utusan Melayu.

Nasib bekas pekerja Utusan Melayu apabila mereka diberhentikan kerja secara tiba-tiba dengan gaji tertunggak beberapa bulan manakala tiada pampasan diberikan oleh majikan. Kredit foto: NUJ Utusan Melayu

Walau bagaimanapun, Aurora Mulia tidak mengambil alih aset dan liabiliti Utusan Melayu, manakala difahamkan ia bakal menerbitkan akhbar baharu yang belum dipastikan sama ada menggunakan semula jenama Utusan Malaysia atau yang lain.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Pak Wan itu, Utusan Melayu sekali lagi akan dijadikan sayap propaganda politik tidak rasmi oleh parti pemerintah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 13-11-2019 03:12 PM
palmolive: setakat jd lidah kerajaan..tukar kerajaan lingkup lg


Silap2 bila abg non jadi pm, lingkup sekali lagi.

Lain-lain Komen

Quote Nokiaman 10-11-2019 02:05 AM
Baik tutup terus alang alang da melingkop
Sapelaa yg gigih melopong akhbar nie...
Quote misuke 10-11-2019 09:41 AM
belajar utk kreatip. xleh harap gomen suap duit
Quote ezacbee 10-11-2019 03:19 PM
Gaji pekerja sila laa bayar dulu.
Sampai perkeso pun xbayar, pecite?

Ni melayu pijak melayu
Quote imogenBones 10-11-2019 03:40 PM
Tak sangka kerajaan baru sanggup lingkupkan akhbar Utusan yang kalau ikut pada sejarahnya banyak berbudi kepada tanah air Malaysia. Perjuangan nenek moyang kita tak dihargai...sejarah dilupakan..esok lusa mengemis di bumi sendiri. Tanda tanda dah nampak

Quote nobito 10-11-2019 10:59 PM
Gaji Pekerja tak bayar....masih ada hati nak buat comeback
Quote hussaini4675 13-11-2019 10:23 AM
Utusan Malaysia dan Kosmo! tidak lagi berada di pasaran sejak 9 Oktober 2019. Kredit foto: Facebook




Penerbitan akhbar di bawah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang terhenti sejak syarikat tersebut menamatkan operasi pada 31 Oktober lalu, bakal dilancarkan semula pada awal 2020.


Memetik laporan Malaysia Gazette pada 9 November, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof memberi jaminan bahawa Utusan Melayu tidak lenyap sama sekali.


Seperti dibayangkan beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika berucap dalam program Kenduri Rakyat di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan (PH) di Kampung Tenggayun, Kukup, Utusan Melayu akan memainkan peranan sebagai lidah kerajaan.


"Utusan ada..jangan kata tidak ada..

"Utusan (Utusan Melayu) akan dilancarkan kembali insya Allah dalam tahun baru 2020 untuk membantu menyalurkan maklumat-maklumat dari segi pelaksanaan dasar-dasar yang telah pun dibuat dan terus ditambah baik dalam masa beberapa bulan yang akan datang," jelasnya.




Mohd. Redzuan Yusof. Kredit foto: Facebook




Syarikat penerbitan akhbar bahasa Melayu tertua di Malaysia itu tidak lagi beroperasi setelah Pengerusi Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan, operasi syarikat tersebut dihentikan mulai 9 Oktober 2019 dan tarikh akhir perkhidmatan pekerja adalah pada 31 Oktober 2019.


Langkah itu diambil selepas Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang pada 7 Oktober lalu kerana syarikat berkenaan didapati tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaan.


Aurora Mulia Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan tokoh korporat bumiputera terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membeli permit penerbitan daripada Utusan Melayu.


Nasib bekas pekerja Utusan Melayu apabila mereka diberhentikan kerja secara tiba-tiba dengan gaji tertunggak beberapa bulan manakala tiada pampasan diberikan oleh majikan. Kredit foto: NUJ Utusan Melayu





Walau bagaimanapun, Aurora Mulia tidak mengambil alih aset dan liabiliti Utusan Melayu, manakala difahamkan ia bakal menerbitkan akhbar baharu yang belum dipastikan sama ada menggunakan semula jenama Utusan Malaysia atau yang lain.


Jika benar apa yang dikatakan oleh Pak Wan itu, Utusan Melayu sekali lagi akan dijadikan sayap propaganda politik tidak rasmi oleh parti pemerintah. - CARI
Quote palmolive 13-11-2019 10:29 AM
setakat jd lidah kerajaan..tukar kerajaan lingkup lg
Quote Mfzg89 13-11-2019 10:44 AM
gaji lama terus lepas tangan ke? buka lagi pastu masalah gaji lagi..  baik tutup terus jela.. biorkan sejarah berbicara.
Quote Kerkin 13-11-2019 11:20 AM
Harap selesaikan la dulu gaji2 staff yang tertunggak .. kesian itu hak mereka ..
Quote Ina8895 13-11-2019 01:24 PM
Kerkin: Harap selesaikan la dulu gaji2 staff yang tertunggak .. kesian itu hak mereka ..


Tuan yang baru beli lesen penerbitan je katanya. Bekas pekerja pandai2 nak hidup sendiri le gamaknye
Quote Ina8895 13-11-2019 03:12 PM
palmolive: setakat jd lidah kerajaan..tukar kerajaan lingkup lg


Silap2 bila abg non jadi pm, lingkup sekali lagi.

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.303847s Gzip On
To Top