Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Trump Tweet Dalam Bahasa Parsi: Menyokong Tindakan Rakyat Iran

17-1-2020 12:21 PM Komen: 8

Belum habis isu perang Amerika Syarikat dan Iran, Donald Trump dalam akaun Twitter terbarunya mengatakan beliau menyokong tindakan rakyat Iran yang protes terhadap kerajaan mereka. Ini berlaku susulan Presiden Iran, Hassan Rouhani yang mengakui 'tersilap' tembak pesawat syarikat penerbangan Ukraine.


Kejadian itu mengorbankan 176 penumpang termasuk kru di dalam pesawat berkenaan. Mangsa nahas itu membabitkan 63 rakyat Kanada, 82 rakyat Iran, 11 rakyat Ukraine, 10 rakyat Sweden, empat rakyat Afghanistan dan masing-masing tiga rakyat Jerman serta Britain.


Selepas kejadian itu berlaku, Trump tweet dalam akaunnya dengan menggunakan Bahasa Parsi mengatakan yang beliau berdiri teguh bersama rakyat Iran yang melakukan protes.


Sumber: Twitter

"Kerajaan Iran sepatutnya membenarkan kumpulan hak asasi manusia memantau dan melaporkan fakta-fakta tentang protes semasa di Iran. Kita tidak sepatutnya melihat pembunuhan beramai-ramai terhadap peserta perhimpunan aman sekali lagi atau sekatan Internet. Dunia sedang memerhati"



Sumber: Twitter

"Kepada rakyat Iran yang berani dan menderita: Saya berdiri bersama kamu sejak permulaan saya menjadi presiden dan kerajaan saya akan terus berdiri bersama kamu. Kami mengikuti protes anda dengan teliti. Keberanian anda adalah inspirasi kami."


Pada asalnya, tweet tersebut nampak seperti bahasa Arab, tetapi ia sebenarnya adalah bahasa Parsi. Ini adalah kerana rakyat Iran majoriti populasinya adalah orang Persia. Tweet beliau mendapat likes dan retweet paling banyak dalam bahasa Parsi. Tweet dari Ayatollah Ali Khamenei pun tidak dapat sebanyak itu!


Sumber: Twitter

Tweet dari President AS itu mendapat pelbagai kecaman dan sokongan di bahagian komen. Antaranya dari @ALQadiPAL mengatakan

"Jika anda peduli dengan rakyat Iran, mengapa anda mengancam untuk mengebom tapak budaya mereka?"


Sumber: Twitter

Ada juga yang menyokong dengan mengatakan semoga Tuhan merahmati Presiden Trump

Apa pendapat anda? - CARI


Sumber: bual.my




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 18-1-2020 08:00 PM
Lelaki Persian hensem2 gak kan..

Lain-lain Komen

Quote Kurex 17-1-2020 12:38 PM
ini semua poyo
Quote hyie 17-1-2020 12:41 PM
US senantiasa taknak kalah gitu kan konsepnya...walaupun haus di ambang xin nian kuai le
Quote mdhelmi 17-1-2020 01:02 PM
lantak sama diorg
tapi stail US kalo negara lain cpt je berita tersebar
tweet hari2 pasal benda sama, suruh viral supaya 1 dunia tahu
mcm politik malaysia jugakla
Quote legal_jue11 17-1-2020 01:10 PM
Ini kalau ikut mazhab cina malaysia punya konsep dah masuk syiah dah trump ni.
Quote AbukRokok 17-1-2020 05:03 PM
sah.. Trump agen syiah
mureka berlakon sahaja
Quote CatMiow 17-1-2020 10:57 PM
Tak bubuh baris2,  tak da orang malaysia nak cakap tulisan jawi ka? {:smile
Quote Nenolen 17-1-2020 11:01 PM
Nexttttttt....
Quote RatuDunia94 18-1-2020 08:00 PM
Lelaki Persian hensem2 gak kan..

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top