Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ini Penjelasan Ali Puteh Selepas 'Binatangkan' Balu Abam

21-2-2020 10:38 AM|Oleh: hafiz.ahmad| Komen: 2016

Beberapa minggu lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan kehilangan pelawak terkenal, Abam Bocey yang meninggal dunia selepas Subuh. 

Sedang kita semua masih merasai kehilangan Abam Bocey, timbul satu isu yang kurang enak di antara adiknya, Ali Puteh dan balu Allahyarham.



Dalam temu ramah bersama Dato' Aliff Syukri, balu Abam Bocey mendakwa kunci kereta, telefon bimbit dan dompet arwah telah diambil oleh pihak keluarga Abam. 

Kenyataan ini telah mengejutkan ramai pihak yang beranggapan hal ini tidak sepatutnya terjadi kepada balu arwah Abam.


"Haritu saya nak bawa anak pergi klinik, saya minta kunci kereta dorang tak bagi. Sekarang, saya tumpang mak ayah la ulang-alik" - Balu Abam


Malah, menurut beliau, pihak keluarga Ali merampas kereta milik arwah Abam dan tidak memberi izin kepada beliau untuk menggunakannya meskipun untuk menghantar anak ke klinik. 

Melihatkan kecaman yang diterima, Ali membuat satu sidang media untuk memperjelaskan keadaan yang dilihat semakin keruh.  

1. Ali menafikan mereka menaiki Grab, malah mengatakan ada menghantar Hamzah ke klinik dengan menaiki Myvi.

2. Telefon bimbit arwah diambil kerana mahu selesaikan kerja-kerja lepas serta hutang yang masih ada. Menurut Ali, selama ini beliau yang menjadi PA arwah.

3. Berkenaan isu kereta yang diambil. Menurut Ali, kereta Myvi adalah atas nama pakcik mereka dan Vellfire pula adalah atas nama arwah. Jadi Ali mengambil kereta untuk menyelesaikan hutang dan menukar ke nama balu arwah.

4. Dompet diambil kerana Ali mahu mencari bisnes kad yang diminta oleh pihak Seniman. Namun, Ali terkejut apabila mendapati dompet tersebut kosong tanpa duit dan kad bank meskipun Ali tahu dompet arwah sentiasa penuh dengan duit.

5. Ali menafikan mereka ada menghalau balu arwah. Sebetulnya, balu arwah yang keluar sendiri pada hari keenam meskipun belum tamat tempoh iddah.

6. Ali terkejut apabila nombor akaun balu disebarkan untuk sumbangan orang ramai. Menurut Ali, perkara tersebut tidak patut terjadi kerana arwah telah meninggalkan harta yang cukup banyak.

7. Jam arwah yang benilai ribuan ringgit gagal dikesan selepas balu keluar daripada rumah.

Semoga kemelut dalam keluarga ini berjaya diselesaikan secara aman dan damai. Buat anda yang mahu tonton video penuh, boleh tonton di bawah ini. Berikan pendapat anda di ruangan komen. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
1
0
Komen: 2016
Komen

Previous : Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Selamat Bernikah

Next       : Degil Tak Dengar Nasihat Doktor Guna Kerusi Roda, Ardell Aryana Terduduk Di Ikea

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 22-2-2020 05:48 PM
~~~Closed~~~

Lain-lain Komen

Quote mixed 21-2-2020 09:27 AM
Edited by mixed at 21-2-2020 03:42 PM

Dr fb xria


[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3319066451442675&id=2822184094464249[/fbp]



Video dr alip


Quote mixed 21-2-2020 09:31 AM


Muhammad Nazmi
.
Suami meninggal, meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki..
.
Ibu dapat 1/6.
Isteri dapat 1/8.
Anak lelaki dapat baki keseluruhan.
Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.
.
Walaupun anak lelaki itu bawah umur.. walaupun anak lelaki itu masih kecil.. walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.. dia tetap ada hak faraid dia. Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu. Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.
.
Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?
.
Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :
.
1)Belanja pengebumian.
2)Selesaikan hutang2 si mati.
3)Badal haji jika belum menunaikan haji.
4)Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).
5)Laksanakan hibah jika ada.
6)Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu
7)Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka.
Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.
.
Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.
.
Sesungguhnya..
Perebutan harta pusaka itu benar.
Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.
Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.
Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.
Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.
.
Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.
.
“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)
.
#celikfaraid
#rancanghartaelaksengketa

Credit : Roslina Sabiyah & Co.
Quote missDollie 21-2-2020 09:34 AM
Nah untuk panduan kita bersama..
Quote nuril86 21-2-2020 09:35 AM
Edited by nuril86 at 21-2-2020 01:37 AM

terbaik mixed.... bukak benang baru..sane dah 133 pages dah....
Quote haruslah 21-2-2020 09:37 AM
So, adekah ade pihak lain pun cuba bolot bila dompet xde duit? Jam da xde kat rmh
Quote sarah82 21-2-2020 09:39 AM
Ali ni ingat netizen tak tau tentang pembahagian harta pusaka.. Skrg mesti tengah karang citer baru.. Dasar
Quote nuril86 21-2-2020 09:40 AM
sarah82 replied at 21-2-2020 01:39 AM
Ali ni ingat netizen tak tau tentang pembahagian harta pusaka.. Skrg mesti tengah karang citer baru. ...

dia lupe nak rujuk yg pakar... main sental bab pembahagian sesuke hati dia je...
Quote mixed 21-2-2020 09:42 AM
sarah82 replied at 21-2-2020 09:39 AM
Ali ni ingat netizen tak tau tentang pembahagian harta pusaka.. Skrg mesti tengah karang citer baru. ...

penunggang agama dan tamak haloba
Quote mamaneesa 21-2-2020 09:42 AM
haruslah replied at 21-2-2020 09:37 AM
So, adekah ade pihak lain pun cuba bolot bila dompet xde duit? Jam da xde kat rmh

kannn....siap argue mana duit dlm wallet tu. ali ckp nak kad seniman tu je, dah kenapa sibuk duit dlm tu??

siap ckp salah dayah makan duit dlm tu...kena faraid dulu. ehhhh...ko pulak pandai2 bg hukum!! poyo much!!


Quote sarah82 21-2-2020 09:43 AM
mixed replied at 21-2-2020 09:42 AM
penunggang agama dan tamak haloba

Nak tulis dasar tu dah.. Tapi tak sampai hati.. Hahahaha..
Quote Kurex 21-2-2020 09:44 AM
berapa banyak nak kena bukak benang pasal ni?
Quote mieymiey 21-2-2020 09:44 AM
Iols nak pesan satu jer, sesungguhnya doa insan teraniaya itu dimakbulkan Allah.
Quote sarah82 21-2-2020 09:44 AM
nuril86 replied at 21-2-2020 09:40 AM
dia lupe nak rujuk yg pakar... main sental bab pembahagian sesuke hati dia je...

rm1500 urus jenazah arwah pun nak guna duit arwah.. Perghhh...kata berduit sangat.. Ye la.. Selama ni dok sedut duit arwah je.
Quote mosti 21-2-2020 09:47 AM
Rasanya duit tu, takpala wife dia amik pon, abes kalu semua duit mereka ambil..nak makan apa wife tu. Salah faham ni mengenai faraid. Kalu waris lain redha duit dalam wallet tu, tak berdosa pun dan bukan satu kesalahan.
Quote keratosis 21-2-2020 09:47 AM
dah  kenapa nak istiqomah diri
Quote nuril86 21-2-2020 09:48 AM
sarah82 replied at 21-2-2020 01:44 AM
rm1500 urus jenazah arwah pun nak guna duit arwah.. Perghhh...kata berduit sangat.. Ye la.. Selama ...

kan.... duit urus jenazah pon berkira...sedangkan arwah mase hidup x pernah berkira pon dengan adik beradik dia.. mak arwah dah selalu bg hint yang adik bradik arwah mmg xleh gune langsung.....
Quote azimodin 21-2-2020 09:50 AM
Jap, arwah rajin ke majlis2 agama kan. Xkan xde masuk khairat kematian. Khairat kematian cover full sampai ke Liang lahad kot. Lagi pon ko kan waris kuat, pakai je la duit ribu2 ko tu. Kenapa nak hadap duit yg tinggal. Masa ni la ko sepatutnya balas jasa.
Quote sarah82 21-2-2020 09:51 AM
nuril86 replied at 21-2-2020 09:48 AM
kan.... duit urus jenazah pon berkira...sedangkan arwah mase hidup x pernah berkira pon dengan adi ...

Tu la.. Nak sangat burukkan kak ipar.. Allah bagi dia buka aib sendiri..skrg.. Mesti tengah mengelabah la tu... Jap lagi mesti ig bini dia kena serang dgn bawang rangers.. Rasain
Quote kuchenta_81 21-2-2020 09:52 AM
Patutlah Sinar pagi-pagi dah buat topik "Hibah, Wasiat, Faraid"
Baguslah, terbuka juga minda orang-orang yang tamak atau cuba bolot hak yang sepatutnya.

Penjelasan Ali ni banyak guna "saya nak susun"
Eh kau nak susun tapi cara kau nampak sangat nak sebat harta arwah.
konon nak susun. sorrylah since kau dah biadap, langsung tak percaya kat kau pun.

Lihat semua komen(2016)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top