Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Norlia Ghani Pelik Tidak Layak Terima Baki BPN

13-5-2020 02:02 PM|Oleh: top5complete | Komen: 72

Pelakon veteran Norlia Ghani terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia tidak layak mendapat baki bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sedangkan pembayaran fasa pertama sudah diterima pada April lalu. 


Foto: mStar, Bernama

Memetik laporan mStar, apa yang lebih musykil apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklmkan namanya berdaftar pada sebuah syarikat.

"Pada awalnya, saya layak dan sudah pun terima pembayaran awal BPN pada April lalu dan sepatutnya akan terima baki selebihnya seperti orang lain. Tapi, tiba-tiba bila saya periksa, tak layak pula," ujarnya terkejut.

Bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan tandatangannya tanpa pengetahuan, dia mengunjungi LHDN bagi mendapatkan kepastian.

"Jadi saya dan anak pergi la LHDN untuk bertanyakan perkara itu dan terkejut bila diberitahu yang saya tak layak sebab ada syarikat. Pihak LHDN cakap, mungkin ada orang guna nama atau saya ada tanda tangan untuk mana-mana syarikat.

"Setahu saya, memang tak pernah lagi saya buka syarikat atau mungkin saya sendiri yang cuai atau tak sedar beri tandatangan pada kenalan. Benda itu saya tak perasan pula dan tak ingat," katanya kepada mStar.

Dia pasrah sekiranya tiada rezeki mendapat bantuan tersebut, dia cuma hairan dengan isu berkenaan kerana sebelum ini dia sudah lulus sebagai penerima BPN

"Saya pasrah sekiranya tidak dapat bantuan tersebut. Cuma saya berasa hairan tiba-tiba saya tak layak sebab tu saya pergi check di LHDN. Sebenarnya apa yang saya harapkan COVID-19 cepat berakhir.

"Bila wabak ini berakhir saya dapat kerja semula walaupun tak ada la banyak penggambaran. Tapi, sekurang-kurangnya saya dapat cari rezeki sendiri," katanya.

Adakah ini permasalahan di bahagian sistem BPN? Pihak bertanggungjawab kena perjelaskan isu ini untuk mengelak kekeliruan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
1
0
0
Komen: 72
Komen

Previous : Jasmin Hamid Jual Roti Jala Murah Dari Harga Pasaran Pun Jadi Isu?

Next       : Bertahun Niat Khatam Quran Tak Tercapai, PKP Berjaya Merubah Nora Danish

Komen Terbaru

Quote Melorqe 22-5-2020 01:43 AM
Orix replied at 14-5-2020 12:29 AM
X jealous pun chuols. Siblings iols 2 org penjawat awam, mak ayah iols pn bekas penjawat awam iols ...

iolls setuju banget.
bukan nak dengki bonus rm500 tu
kalau bajet tu guna utk bantu yg gred bawahan iolls pun tak kisah
tapi yg gred nak cecah 5 angka tu berkorban la sikit tahun ni.
sedara iolls pun ramai staff gomen gred tinggi. asal dpt bonus saja bini tapau beli henbeg.
maksudnye depe tu bukannya tak cukup gaji.

iolls yg keje swasta pun pernah kerja bagai nak rak mcm bangla berbelas jam sehari, bonus pun tak dapat.
sekali sekala theyolls rasa la mcm mana org swasta rasa ye idok?

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 13-5-2020 02:09 PM
Apa kata RUSDI RAMLI yg juga suami kepada SHARON PAUL?
Quote helicornia 13-5-2020 02:18 PM
mesti kes sama mcm makcik.aku.dpt rm800 je sbb takde tanggungan.makcik aku balu anak sume dh besar2. makcik norlia pi la check dgn lhdn
Quote SiMontel 13-5-2020 02:24 PM
rasanya...LHDN cross check dgn SSM..sesapa yg penah register company mmg tak dpt bantuan ni...
ni salah satu cara jugak kot nak tgk company mana yg takpenah update pasal cukai...so kalau betul2 company dah close..kena dtg LHDN and update

aku pun baca ada org posting..sebab  sebab BPN di reject..tapi kes acik norlia ni..mcm separuh2 la pulak...
Quote Suchi 13-5-2020 02:27 PM
helicornia replied at 13-5-2020 02:18 PM
mesti kes sama mcm makcik.aku.dpt rm800 je sbb takde tanggungan.makcik aku balu anak sume dh besar2. ...

Maybe dia mmg dapat 800 je kot sbb mana ade tanggungan kan.
Rasanya anak besor2 belaka dah
Quote iminidin 13-5-2020 02:37 PM
Ramai betul orang yang layak.. Tp tak dapat BPN..

Quote Kharuka 13-5-2020 02:49 PM
Tapi result yang terbaru ni pelik sikit
Kesian ada yang bujang pendapatan bwh 2k tapi dapat rm500 je, ada jugak yang dapat rm800, tapi yang paling kesian, terbaca kat fb aritu, sorang ni dia check status BPN dia tak layak atas alasan meninggal dunia
Quote annawleeya 13-5-2020 02:49 PM
Bukan rezki..harap brtabah...huhuhu
Quote dewi_rina 13-5-2020 02:53 PM
Kharuka replied at 13-5-2020 02:49 PM
Tapi result yang terbaru ni pelik sikit
Kesian ada yang bujang pendapatan bwh 2k tapi dapat rm500 j ...

Alasan permohonan ditolak sebab pemohon meninggal dunia tu paling kejam
Elok2 hidup terus mati berdiri
Quote Kharuka 13-5-2020 03:00 PM
dewi_rina replied at 13-5-2020 02:53 PM
Alasan permohonan ditolak sebab pemohon meninggal dunia tu paling kejam
Elok2 hidup terus mati be ...

hahahaha
kesian weh
tak tahu nak sedih ke nak gelak
macam2
Quote dewi_rina 13-5-2020 03:17 PM
Kharuka replied at 13-5-2020 03:00 PM
hahahaha
kesian weh
tak tahu nak sedih ke nak gelak

Haha ada kan yang dekat fb tu
Lawak gila dia tulis
"Sudah lah ko tidak bagi duit, ko sumpah pula saya"

Gelak besar baca status dekat wall dia tu
Quote nordin84 13-5-2020 04:07 PM
Suchi replied at 13-5-2020 02:27 PM
Maybe dia mmg dapat 800 je kot sbb mana ade tanggungan kan.
Rasanya anak besor2 belaka dah

kan,rsenye rm800 jela sbb xde pasangan..
Quote Anne.W 13-5-2020 04:29 PM
I pon kena.. Mula2 dia tulis. No record found. Check lg skali. Need to do new application.Buat check kali ketiga dia ckp xlyk sbb pdptn above 4k. Tp actually i hv biz. Cuma reason dia bg tidak sync dgn info i.. Appeal pon masih di reject. Hmm
Quote meow_tompok 13-5-2020 04:44 PM
sape yg amik upah jadik sleeping partner mana2 company sdn bhd pun jaga jaga
Quote Boomibulat 13-5-2020 04:50 PM
Mgkn Acik Joyah pnh guna nama utk mana2 syarikat masa tgh hot popular dulu..masa blakon drama OPAH ke..
Quote missycutie 13-5-2020 05:42 PM
Balu dikira bujang. Sebab tu dpt rm800. Mak aku pun dpt rm800
Quote Orix 13-5-2020 05:49 PM
Sbb tu pd iols BPN ni elok dibagi jah sama rata pd semua regardless gaji berapa sekali pun. Yg ptutnya x perlu diberi adalah penjawat awam. Gaji diorg bulan2 masih jalan mcm biasa tiada potongan.
Quote Kurex 13-5-2020 06:06 PM
Iols walaupun lulus, masih tak masuk lagi bantuan tu... Iols tunggu je la
Quote Kharuka 13-5-2020 07:04 PM
Kurex replied at 13-5-2020 06:06 PM
Iols walaupun lulus, masih tak masuk lagi bantuan tu... Iols tunggu je la

15hb -20hb kan masuk utk yang rayuan dan permohonan baru
Quote swimswim 13-5-2020 07:05 PM
Makcik mampu buat filler muka pun hadap bpn kah.. Filler 5 cc dah berapa ribu.. Makcik sebelah rumah i ya ni. Xde kaitan dgn tajuk

Lihat semua komen(72)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top