Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Demi Pelajaran Anak, Wanita Ini Sanggup Gadaikan Rantai Kahwin

Oleh: Cari-Azza|4-8-2020 01:10 PM Komen: 15


Mengharukan, sebuah video yang menunjukkan seorang wanita menggadaikan rantai perkahwinan demi memastikan anaknya tidak ketinggalan dalam pelajaran di Hubbali, India tular di media sosial hingga mendapat banyak perhatian.


The Times of India melaporkan wanita itu dari kampung Radder Naganur menggadaikan rantai terbabit untuk membeli set televisyen bagi membolehkan anaknya mendapat akses pembelajaran atas talian untuk kedua-dua anaknya di tahun 8 dan 7.


Kredit foto: Times of India

Kasturi Chalwadi berkata, dia mengambil tindakan itu selepas dua anaknya ketinggalan dalam pelajaran.

"Anak saya ke rumah jiran untuk menonton televisyen program pelajaran, tapi tidak setiap masa. Selepas siaran kelas di saluran Chandana, guru hubungi anak dan berikan soalan untuk menilai pemahaman mereka."


Foto : Times Of India

Katanya, dia memperoleh 20,000 rupee (kira-kira RM1,132) hasil gadaian rantai perkahwinan dari seorang broker sebelum membeli televisyen 32 inci berharga 16,000 rupee.

"Suami saya Muttappa bekerja dengan gaji harian. Saya tiada pilihan kerana perintah berkurung menyebabkan kami mengalami krisis kewangan."

Kisah pengorbanan wanita itu tular dan meraih perhatian pelbagai pihak tampil menyumbang kepada keluarga berkenaan. Malahan, broker gadaian barangan kemas turut memulangkan semula rantai wanita itu.

Di sebalik kisah sensasi mengenai penganiayaan terhadap wanita, pastinya kisah sebegini membuka mata mengenai kisah pengorbanan dan kasih sayang terhadap ilmu dan keluarga.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Meiizu 5-8-2020 11:15 AM
ada sape2 boleh tag sohai ima naim

Lain-lain Komen

Quote yuki812 4-8-2020 01:44 PM
Nasib baik ada emas..
Quote dudaberhias 4-8-2020 01:51 PM

tu la... cuma ramai kata emas india murah... memang murah sikit tapi tu sebab upah tukang murah di sana
kesian tengok kesusahan di sana tinggi sangat dari sini...
Quote RatuDunia94 4-8-2020 01:54 PM
Jap g ada la tu yg buat filem...
Quote bangcak 4-8-2020 02:00 PM
elok la demi anak sanggup gadai barang kemas.
kat negara lain, barang kemas sanggup digadai demi penyamun.

Quote yuki812 4-8-2020 02:00 PM
dudaberhias replied at 4-8-2020 01:51 PM
tu la... cuma ramai kata emas india murah... memang murah sikit tapi tu sebab upah tukang murah di ...

Kalau tuk diorg yg tgk mcm org susah tu..even emas murah pun rasa jadi mahal tuk diorg..tetap gigih nyimpan jugak tu hah. Kita ni..yg berduit, time emas tul2 murah tak memborong abis..hehehe. Lagi suka ek memborong kek mamasab..kayakan dia..
Quote dudaberhias 4-8-2020 02:10 PM
yuki812 replied at 4-8-2020 02:00 PM
Kalau tuk diorg yg tgk mcm org susah tu..even emas murah pun rasa jadi mahal tuk diorg..tetap gigi ...

lagaknya kek tu pelaburan gittew... sebabtu di kambus belakang rumah... bila dah tiba waktu rega naik rm4000 se bijik di korek la balik untuk gadai
Quote Kiyah 4-8-2020 02:21 PM
yuki812 replied at 4-8-2020 02:00 PM
Kalau tuk diorg yg tgk mcm org susah tu..even emas murah pun rasa jadi mahal tuk diorg..tetap gigi ...

Tepettt sgt statement u ni..pantang benda viral semua dok serbu membeli..kek mamasab tu boleh tanam tepi rumah kalau x lalu nak telan. Esok lusa tumbuh pokok kek boleh jemput jiran2 pakat petik kek berjemaah giteww
Quote Artemesiaa 4-8-2020 03:25 PM
Beliau sanggup sebab tahu dengan pelajaran je mampu mengubah nasib keluarganya
Quote ina_na 4-8-2020 03:28 PM
Bangsa dia org ni kalo beli rantai leher cari yg padu je.. Padu Dan beso.. Katanye x nampak kalo pakai halus2.. Subang je nak 10g..serembeh  telinga.. Tp syok ooo jual emas kat bangla, Pakistan ni.. Mmg x de nak bl yg halus..
Quote husna_amal 4-8-2020 04:27 PM
Tak mengapalah berkorban dengan anak yang betul2 berminat nak belajar ni.
Quote NekNgah 4-8-2020 08:28 PM
Bekorban untuk anak tu normal tapi bagi orang India rantai kahwin atau thali tu besar makna pada isteri.
Quote Sazida 4-8-2020 08:50 PM
Kiyah replied at 4-8-2020 02:21 PM
Tepettt sgt statement u ni..pantang benda viral semua dok serbu membeli..kek mamasab tu boleh tana ...

Hall of fame tetiap bulan tetap adooo
Quote FOTHER-MUCKER 4-8-2020 09:05 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-8-2020 05:08 AM

Bagus dia oranh ni dalam rumah sendiri masih pakai pelitup hidung dan mulut!
Quote GigaMom 4-8-2020 09:19 PM
dudaberhias: tu la... cuma ramai kata emas india murah... memang murah sikit tapi tu sebab upah tukang murah di sana kesian tengok kesusahan di sana tinggi sa ...


Ai paling x suka design brg kemas yg sekali pdg dh tahu bangsa pemakai.
Quote Meiizu 5-8-2020 11:15 AM
ada sape2 boleh tag sohai ima naim

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top