Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Biar Dosa Pada Agama Dihitung Di Akhirat, LGBT Bukan Jenayah Moral" - Alicia Amin

27-2-2021 03:45 PM|Oleh: LilRose| Komen: 102

Jika sebelum ini kecoh dengan isu membela anjing, terbaru model dan pelakon, Alicia Amin bersuara mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pula.


Kredit foto: IG

Menerusi sesi soal jawab di Instastory, seorang pengikut menyatakan pendapatnya bahawa hanya muslim yang terbabit kesalahan LGBT harus didakwa kerana "Islam melarang LGBT".

Bagaimanapun, Alicia tidak bersetuju dan menganggap LGBT bukan satu jenayah moral.

"Saya tak setuju, dosa pada agama sepatutnya biar saja (dihitung) di akhirat nanti," katanya.

Malah, Alicia menambah manusia tidak layak menghalimkan sesuatu dosa dilakukan.

"Saya rasa, ramai terlupa bahawa satu-satunya yang berkuasa menghakimi dan menghukum adalah Tuhan.

"Ramai yang hilang pekerjaan, keluarga dan peluang dalam kehidupan hanya kerana mereka sebahagian daripada komuniti LGBT.


Kredit foto: IG

"Anda tidak mengambil alih tugas Tuhan dengan menafikan hak mereka. Seperti kebanyakan orang, semua orang melakukan dosa," ujarnya yang berpendapat tidak semua dosa adalah jenayah moral. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
4
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 102
Komen

Previous : "Kalau Tak Nak Bawa Watak Hodoh, Busuk, Berlendir..." - Jasmin Hamid

Next       : "Ingat Sikit Siapa Diva AA" - Azwan Ali Kesal Penganjur Anugerah Acuh Tak Acuh

Komen Terbaru

Quote ussopp 22-3-2021 01:12 AM
Manjahati replied at 2-3-2021 05:07 PM
Kesiannya...

kesian apa... tu

Lain-lain Komen

Quote slyfynx 27-2-2021 03:55 PM
Bish, it's about time for u to shut up la.
Makin terserlah ignorance nye die ni
Quote Kurex 27-2-2021 03:58 PM
Bodoh mana la yg tanya dekat bodoh ni... Soalan2 ni tak payah tanya si bodoh, sebab memang jawapan bodoh yg kau dapat. Lagi bodoh bila bukak benang ntah apa2 mcm ni.

Model ni nampak busuk berdaki. Bukan sebab warna kulit tapi memang nampak busuk. Muka tak exotic pun. Kalau pakai dress, automatik dress yg mahal pun tampak murah. Pasti segala daki akan melekat dekat dress designer & harus disental kuat2 utk tanggalkan daki pompuan ni
Quote Itzy 27-2-2021 04:07 PM
Benar2 akhir zaman ni, orang jahil beri pendapat pasal dosa dan hukum agama hahahahah
Quote Knowlee 27-2-2021 04:08 PM
Jgn la tanya pasal agama dan hukum pada orang mcm ni... Aduyai...
Quote awenda507 27-2-2021 04:12 PM
Takda org nk mintk pendapat u pn aa. Nak jd jahil silakan tp jgn dok sebrkn kejahilan u tu pd org ramai
Quote dudaberhias 27-2-2021 04:12 PM
Memang betul pun apa dia kata tu...
Lagi2 part dosa pada agama yang tak nampak dan bersifat peribadi (macam aurat sendiri etc, bukan lah tugas manusia lain untuk gigih memaksa orang menutup aurat).

Tapi yang hilang kerja tu betul ke?
Rasanya kalau jadi pondan drag je rasanya orang tak ambil kerja sebab buruk dik...

Kalau jadi hadek2 herlok je dapat jadi pramugara. Depan penumpang ok je keras, kat dalam cabin patah riuk...

Dia ni urban dikkkk...
Baik korang belikan stroller dekat dia boleh dia jadi macam HI bawak anjing dia kulu kilir.
Quote sukacactus 27-2-2021 04:16 PM
Apakebenda gi tya soalan camtu ke dia
Quote makcun14 27-2-2021 04:17 PM
Wowww wow wow bakalan thread panas penuh dengan 'wakil Tuhan'..
Awal pulak iols check in.
See you later alligator {:run
Quote Belibis 27-2-2021 04:19 PM
Knowlee: Jgn la tanya pasal agama dan hukum pada orang mcm ni... Aduyai...

Tanya la cara2 bela anjing,lagi afdol.
Quote fadz84 27-2-2021 04:29 PM
Edited by fadz84 at 27-2-2021 04:33 PM

Dia jawab ikut apa yg dia percaya.. so okla tu..
Quote Lista 27-2-2021 04:35 PM
Bertaubatlah..hidup kat akhirat bukan macam hidup kat bumi ni..ramai yang menyesal sampai menahan kesedihan di kerongkong nak patah balik tak boleh..selagi bernafas masih bernyawa ni bertaubatlah.
Quote ussopp 27-2-2021 04:48 PM
simple ja, tak payah tggu akhirat, benda ni dah diharamkan di dunia lagi. bukannya berteka teki di dunia dan akhirat baru tahu
Quote Rogue98 27-2-2021 05:06 PM
Patutnye kena ambik tau sekarang lah hukum hakam agama. Bukan tunggu akhirat nanti baru nak tau hukum. Ibarat nak ambik exam lah...baca buku dulu baru ambik exam....bukannye ambik exam dulu pastu tunggu results keluar baru nak tau jawaban. Nak jadi urban pun biar lah bijak sikit....
Quote stania83 27-2-2021 05:13 PM
betulah tu,kenapa keena amik tahu apa yg berlaku di celah kangkang orang lain? Nak tuduh orang LGBT pernah nampak ke dia beraksi,kalau x nampak setakat andaian itu dah buruk sangka dan fitnah.  
Quote PEPPERMAN 27-2-2021 05:18 PM
aku selalu tertanya2, apakah manusia ada hak untuk berbuat dosa?
Quote Solokkk 27-2-2021 05:21 PM
Apa ke jadahnya nak tunggu sampai akhirat? Ingat main2 ke balasan Allah kat akhirat nanti.
Quote chaos_sweetly 27-2-2021 05:27 PM
Tak perlu la bg publisiti pada org mcm ni.Tak mustahil ada yang terpengaruh dgn pendapat sesuka hati dia ni.
Quote Piramida 27-2-2021 05:29 PM
Org x faham agama... memang fikir gitu. Semua ok je pd dia org.
Moga dpt hidayah.
Quote Lagubestbest 27-2-2021 05:30 PM
ada yang hidup kat dunia cuma 30 tahun. tolak umur baligh 15 tahun, cuma 15 tahun ada dosa pahala. tapi bila mati sampai kiamat kena seksa.

Lihat semua komen(102)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top