Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

'Gigi Tak Cantik Tak Boleh Main TikTok Ke?'

3-3-2021 11:28 PM Komen: 24
Seorang gadis berkongsi kisah perjalanannya dalam mencari keyakinan diri. 


Kredit foto: IG Huda

Menurut Nur Huda Husna Juhari, 24, bukan mudah untuk dia menonjolkan dirinya memandangkan dia melalui banyak penghinaan sejak dulu lagi.

"Sebenarnya komen dan teguran mengenai gigi saya dah selalu diterima. Orang pernah tegur kata gigi saya berterabur, gigi tak cantik.



"Dulu waktu kecil saya banyak kena face shamimg, orang kata muka saya macam muallaf, sebab muka saya kelihatan seperti orang Cina.

"Memang down sejak kecil, kurang keyakinan dengan orang. Lepas habis sekolah baru saya cuba lawan perasaan itu.

"Kalau nak tunggu sempurna fizikal baru nak yakin, memang tak mungkin. Sampai bila nak tunggu kita sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki? Jadi saya cuba cari keyakinan dalam diri ini," ujarnya.

Menurut gadis Kelantan yang mesra disapa Huna itu, dia memberanikan diri tampil berbicara dalam penghasilan video di TikTok kerana mahu mencari rezeki dalam bidang perniagaan.

Kata pelajar bidang Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, perkara itu tidak mudah, malah ia berlaku secara berperingkat.

"Pada saya, keyakinan diri ini bukanlah fizikal kita semata-mata. Saya nak cari rezeki, jadi saya buat bisnes tudung sejak zaman degree dua tahun lepas. Saya buat label sendiri.

"Sekarang saya buat master, dalam bidang sama di universiti sama. Masa awal dulu, saya menyorok di sebalik barang yang saya jual.

"Tapi saya fikir, sampai bila nak menyorok? Mula-mula saya buat video guna suara sahaja. Kemudian saya mula tunjuk muka.

"Masa tu saya hanya buat tutorial, tapi tak bercakap. Hanya senyum. Nak buat muka comel-comel pun saya tak pandai.

"Lama-kelamaaan saya cuba bersuara dan bercakap di hadapan kamera untuk video TikTok," ujarnya.

Menurut Huna lagi, dia juga tak ambil hati dengan komen negatif tentang giginya memandangkan dia sudah terbiasa dengan perkara itu.

"Pernah sekali video saya viral sebelum ini. Ada banyak kecaman.

"Ada yang kata saya tak perlu sembang, lebih baik betulkan gigi dulu. Tapi saya tak kisah dengan semua komen tu," ujarnya lagi.

Dedah Huna, selain bisnes tudung, dia juga pernah berniaga produk kecantikan, namun usahanya terhenti separuh jalan kerana kurangnya keyakinan diri pada masa itu.

Dalam pada itu, Huna berharap agar isu face shaming atau penghinaan rupa fizikal tidak berterusan menjadi isu parah di negara ini.

"Sekarang dah tahun 2021. Tapi masih ada orang yang pandang fizikal. Saya harap orang di luar sana semakin matang.

"Jangan hanya pandang fizikal, tapi lihat content yang dihasilkan seseorang idividu itu," ujarnya lagi.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ina_na 6-3-2021 11:32 PM
uda replied at 6-3-2021 06:36 PM
Ha..ha.. mcm I juga. tarik mata supaya jadi ada kelopak.

Sekarang ni relex aje. Tenguk art ...

Kan skrg ni relax je dia org suka kpop.. Spesis mata kita la tu.. Hahaha

Lain-lain Komen

Quote rajamoney 3-3-2021 11:34 PM
muka biasa2 tk yah tiktok la

yg tik tok ni yg body2 mantop

dia punya gelek gelek gelek gelek
Quote LadyCarefree 3-3-2021 11:48 PM
Edited by LadyCarefree at 4-3-2021 08:26 PM

Kalau tak kisah komen, dah kenapa nak merempan?
Quote CikYaYaYa 3-3-2021 11:52 PM
Bukan xboleh nak tiktok cuma kalau org kutuk rupa ko ke apa ke jgn laa merempan meroyan hati tisu bagai.. Tau2 laa kalau dah upload vid pic nie kt socmed mmg akan dapt laa pujian n makian.  Haaa gituuu
Quote epal21 4-3-2021 12:19 AM
Sapa hamba Allah ni? Perlu ke jadi topik?
Quote matchstick 4-3-2021 12:40 AM
Ntah sape2 la ni smpi perlu ada thread pasal gigi dia..muka dh la below basic
Quote salmon-suki 4-3-2021 12:48 AM
Underlying mesej tu nak kata dia ada brand tudung sendiri,jadi sila lah jenguk2 tiktok dia utk beli tudung..kekeke~
Quote Perawankota 4-3-2021 02:13 AM
Cerita lain plsss
Quote dudaberhias 4-3-2021 05:42 AM
love yourself...
Quote Redmyvi 4-3-2021 07:54 AM
Kalau kita sndiri redha dan terima dgn segala kekurangan kita org ckp pi la apa pun kita inshaallah boleh hadap..

Macam aku 3 beradik, adik aku semua gigi tersusun.. aku sorg ja gigi jenis berterabur.. kdg2 org suggest suruh pkai braces apa semua.. aku ok ja sbb menda tak mudarat apa pun pada diri aku.. elok ja aku makan hari2..

Laki aku kata dia lagi suka gigi aku cmni nampak manis bile senyum dgn dua gigi rabbit dan taring

done puji diri
Quote Tinot7 4-3-2021 08:01 AM
Tapi muka dia mmg nampak cainis pun..

"Dulu waktu kecil saya banyak kena face shamimg, orang kata muka saya macam muallaf, sebab muka saya kelihatan seperti orang Cina.
Quote annehuda 4-3-2021 10:03 AM
dulu aku pun selalu gak kene faceshaming ni, pastu mak aku ajar, lenkali kalau org ejek ko, ko ejek je die balik.  mcm dulu kecik2 org kutuk mata aku sepet, pastu aku kutuk balik, ko tu kurus kerempeng tak payah nak kutuk orang.  camtu je cara nak ajar pembuli
Quote Artemesiaa 4-3-2021 12:52 PM
Tak nak kena komen tak perlu siar dalam media social
Quote nowhite 4-3-2021 02:26 PM
Tak rugi pun kalau tak main tiktok dik
Quote mohdcrow 4-3-2021 03:10 PM
Berapa orang dah mati sebab tak main tik tok?
Quote ffbeauties 4-3-2021 04:07 PM
Kalau cakap muka macam cina faceshaming ke?
Aku tak rasa seperti dishamingkan pon
Quote laksmanabentan 4-3-2021 04:52 PM
LadyCarefree replied at 3-3-2021 11:48 PM
Kalau tak kisah koem, dah kenapa nak merempan?

kannn.... herann aku....
habis tu dia ingat dia upload dalam tiktok tu nak suruh orang puji melambung jer ker camna????

da ko tahu social media tu pasti ada la yg mulut hangsuang kan....
then terkedik2 nak beriya2 main tiktok pehalll...

kalau ko tak kisah dek... da tak payah ler tanggapin komen orang...
puihhhhh
Quote laksmanabentan 4-3-2021 04:54 PM
LadyCarefree replied at 3-3-2021 11:48 PM
Kalau tak kisah koem, dah kenapa nak merempan?

kannn.... herann aku....
habis tu dia ingat dia upload dalam tiktok tu nak suruh orang puji melambung jer ker camna????

da ko tahu social media tu pasti ada la yg mulut hangsuang kan....
then terkedik2 nak beriya2 main tiktok pehalll...

kalau ko tak kisah dek... da tak payah ler tanggapin komen orang...
puihhhh
Quote rifaa 4-3-2021 05:21 PM
pakai je la braces...mampo milik skang
Quote siputpepel 4-3-2021 05:33 PM
When you accept yourself, you become beautiful.

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top