Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tersangkut Di Tekak, Bayi Maut Tertelan Bateri Alat Kawalan Jauh TV

4-3-2021 09:19 AM Komen: 16
Washington: Pilu hati seorang ibu di Texas, Amerika Syarikat, apabila bayi perempuannya meninggal dunia akibat tertelan bateri alat kawalan jauh televisyen.

Trista Hamsmith, 39, terpaksa berdepan kenyataan apabila anaknya, Reese yang berusia 17 bulan, disahkan maut, pada Disember tahun lalu.

"Kami sudah melakukan segala-galanya dan mahu semua ibu bapa melindungi anak mereka," katanya menerusi rancangan Today.


Foto: Agensi

Menceritakan semula kejadian itu, wanita itu berkata, pada mulanya dia melihat Reese menjadi pasif, walaupun kebiasaannya anaknya itu begitu aktif.

Reese kemudian menjadi lesu dan sukar bernafas sehingga dia dibawa bertemu pakar pediatrik untuk pemeriksaan lanjut.

Pemeriksaan mendapati terdapat jangkitan pada saluran pernafasan bayi malang itu.

Namun, tidak lama selepas itu, Hamsmith menyedari bahawa bateri kecil berbentuk bulat, pada alat kawalan jauh televisyen, hilang.

Doktor mengesahkan bayi itu tertelan bateri berkenaan sehingga menyebabkan lubang pada saluran pernafasan mangsa.

Reese sudah menjalani pembedahan Oktober tahun lalu, namun beberapa hari selepas itu dia dikejarkan semula ke hospital kerana mengalami komplikasi.

Sejak itu, Reese terpaksa bergantung hidup dengan bantuan alat pernafasan dan makan menggunakan tiub.

"Kisah ini perlu diceritakan kepada umum supaya ia tidak kembali berulang," katanya.

Pengarah Perubatan Pembedahan Kanak-Kanak Hospital Helen DeVos, Dr Emily Durkin berkata, jika tertelan bateri berkenaan ia boleh menjejaskan saluran esofagus yang mempunyai dua saluran sempit di hujungnya.

Katanya, bateri itu tersangkut pada anak tekak dan tenaga elektrik dari bateri itu boleh terhasil serta membunuh tisu di sekelilingnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Buritan 17-3-2021 12:16 PM
makneng replied at 4-3-2021 09:32 AM
Uiii kalau ada baby jgn sekali kali lepa. Benda2 kecik yg dah lama hilang pun dia boleh jumpa lepas  ...

Ape yg tak masuk.. jarum laa.. guli.. anak aku dulu bg aku mkn ulat gonggok.. dia mai terus suap kat mulut aku.. manam mamsm.. aku yg bodo pi mkn.. pas tuu rasa ape ni..

Lain-lain Komen

Quote merrissa 4-3-2021 09:04 AM
fuh takutnya....
Quote makneng 4-3-2021 09:32 AM
Uiii kalau ada baby jgn sekali kali lepa. Benda2 kecik yg dah lama hilang pun dia boleh jumpa lepas tu nak suap masuk mulut. Ni pengalaman mak sendiri. Ngeri kalau ingat.
Quote batmana 4-3-2021 01:56 PM
bateri jam, leper atau dipanggil bateri cmos, byk kt remote android/tv box zmn ni..
bateri ni senang nk slide kluar

sbb tu rumah pantang remote kt bwh, semua letak atas rak
Quote farhani87 4-3-2021 02:29 PM
takutnyaaaa. lepas ni nak kena pastikan remote atau benda kecil takda atas lantai.
Quote farhani87 4-3-2021 02:29 PM
takutnyaaaa. lepas ni nak kena pastikan remote atau benda kecil takda atas lantai.
Quote myoujin 4-3-2021 02:41 PM
batmana replied at 4-3-2021 01:56 PM
bateri jam, leper atau dipanggil bateri cmos, byk kt remote android/tv box zmn ni..
bateri ni senan ...

Ye ke... Aku tgk kebanyakan pakai AAA.. yang dulu punya media player ada yang jenis leper nipis tuh pakai bateri jam.
Quote dudaberhias 4-3-2021 02:51 PM
scarynya sampai jadi kelabu baby tu sebab termakan bateri...

sape pembaris dapat 10k.... tc appliesss boleh claim as voucher foodpanda
Quote missbigrockstar 4-3-2021 02:56 PM
Sedihnya baca news mcm ni
Quote white_musk 4-3-2021 03:15 PM
dudaberhias replied at 4-3-2021 02:51 PM
scarynya sampai jadi kelabu baby tu sebab termakan bateri...

sape pembaris dapat 10k.... tc appli ...

Akak lihat semula gambar tu dik Widower Makeup
Quote Megikari 4-3-2021 04:22 PM
Lepas ni kena selotape penutup bateri remote controller n toys
Quote green~tea 4-3-2021 06:36 PM
all remotes i  mmg letak atas remote holder and simpan atas cabinet TV.. never once, even selama bertahun2 ni pun tak pernah letak benda bersepah atas lantai... budak2 bawah 2 tahun ni mmg macam2 sgt semua benda nak masuk mulut... even plug pun dia duk main cucuk2 jari.. eeeeeeeeeeeeeeeeeeee geram.. i mmg selalu terjerit la kalo tengok budak2 main benda berkaitan electric... i cakap je electric shock.. diorang faham je... byk2 kali larang lama2 dia masuk laa hadam kat otak
Quote nowhite 5-3-2021 12:22 AM
Sedihnyaaa..huwaaa
Quote Dwdrum 5-3-2021 12:25 AM
Parent yang neglect issue anak depa ini tidak tahu kah playpen dan bed rail itu wujud?... Invest lah sikit untuk baby...
Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:54 PM
allahu...alert la lepas ni
Quote Ain_h 17-3-2021 12:00 PM
Kesian ya baby lagi {:childlike  ..
Quote Buritan 17-3-2021 12:16 PM
makneng replied at 4-3-2021 09:32 AM
Uiii kalau ada baby jgn sekali kali lepa. Benda2 kecik yg dah lama hilang pun dia boleh jumpa lepas  ...

Ape yg tak masuk.. jarum laa.. guli.. anak aku dulu bg aku mkn ulat gonggok.. dia mai terus suap kat mulut aku.. manam mamsm.. aku yg bodo pi mkn.. pas tuu rasa ape ni..

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top