Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Shah Iskandar Berhabis Hampir RM1 Juta, Ubahsuai Kereta Dan Motor

5-4-2021 09:11 AM| Komen: 21

Pelakon Shah Iskandar mengakui berhabis hampir RM1 juta semata-mata memenuhi hobi mengubahsuai kereta dan motosikal.

Shah berkata, minat terhadap dunia permotoran itu lenyap selepas menjadi semakin matang dan mempunyai komitmen terhadap anak dan isteri.


Foto: IG

"Masa berada di puncak populariti dan masih bujang saya memang tak fikir apa-apa. Duit yang saya dapat saya habiskan untuk mengubahsuai kereta dan motorsikal.

"Ketika itu saya ada enam kereta dan motosikal dan nilai pengubahsuaian mencecah RM1 juta jika dihitung kos keseluruhan ketika itu. 

"Tapi sekarang semuanya sudah tiada. Selepas dikurniakan anak sulung tahun lalu saya akui semakin matang dan perlu fikir komitmen terhadap keluarga," katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat pembukaan ruang acara, Stesen Seni by Kafe Sarawak Johor di Damansara Perdana, kelmarin. 



Menurut Shah, dia kini hanya mempunyai dua kereta dan motosikal sebagai koleksi peribadi.

"Saya dah 'cuci tangan'. Saya harus jujur dengan diri sendiri bahawa zaman kegemilangan sudah berubah.

"Malah jika difikir kembali sejauh mana saya mampu pergi dalam bidang lakonan. Jadi saya perlu lebih fokus untuk masa depan keluarga saya.



"Alhamdulillah, saya kini sedang mengusahakan ruang acara, Stesen Seni yang terletak di Damansara Perdana.

"Jika ada sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang acara dan menjamu selera boleh datang ke Stesen Seni," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : Sambut Birthday 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa Hadiahkan Ardell Aryana Alphard

Next       : Walau Dituduh Buat Seks Luar Tabii, Mencabul- Syed Iqmal Tak Nak Lepaskan Gelaran Da'i

Komen Terbaru

Quote samshik 5-4-2021 05:03 PM
Next... Xsior teman...

Lain-lain Komen

Quote Nana_Man 5-4-2021 09:17 AM
Bnyk nye duit dia dulu? Skrg tinggal brape juta?
Quote anony-mous 5-4-2021 09:18 AM
Retis suam2 kuku mcm ni pon mampu 6 biji kereta n modofied rm1J. Sbb tu malas nk tlg yg konon2 mengadu susah. Sah2 x pndai manage duit
Quote cupu 5-4-2021 09:18 AM
Sanggup bini dia keluar dgn laki pakai short macam tu...geli menengoknya.
Quote AbukRokok 5-4-2021 09:55 AM
artis suam suam pun juta juta
Quote husna_amal 5-4-2021 09:56 AM
besar sangat ke pendapatan sebagai pelakon ni sampai boleh belanje banyak macam tu...
Quote rainbowrainz 5-4-2021 09:57 AM
Mek cakap die lagi kaya..berploh jota ada..
Quote bottombikini 5-4-2021 10:19 AM
bangga pulak tu bercerita
jangan esok dah tua2 mohon derma ya
Quote 3chanceno 5-4-2021 10:24 AM
Crita 'kebodohan'  masa lampau nak.mintak simpati peminat atau mintak hencapan netizens ke apa???
Quote ilacantik 5-4-2021 10:26 AM
Kira berbaloi lah menyeberang ke Malaysia, boleh sembang pakai juta2, kalau kat Singapore, takat sembang ribu2 je lah.
Quote piao 5-4-2021 10:32 AM
dah ada

https://bm.cari.com.my/forum.php ... ght=Shah%2BIskandar
Quote damian_lee 5-4-2021 10:37 AM
anony-mous replied at 5-4-2021 01:18 AM
Retis suam2 kuku mcm ni pon mampu 6 biji kereta n modofied rm1J. Sbb tu malas nk tlg yg konon2 menga ...

Kannnn
Nilah maksud aku bila aku kata diorang xreti managed duit

Pastu taknak carum kwsepi sukarela
Pastu melalak bila minta bantuan kata retis xde kwsepi ... so minta extra bantuan

Sbb artis2 ni mmang banyak income
Lagi satu dah ada followers yang ramai
Compare tu rakyat marhaen

Kalau tibe2 nak buat product pun dah ada market tersendiri
Even jual kerepek pun

Pastu sbb ramai followers boleh buat review
Itu tak termasuk lagi yang keep bagi hadiah and sponsor kat artis2 ni

Eh malas la
Nanti cakap lebih2
Kata tak memahami
Quote laksmanabentan 5-4-2021 10:55 AM
beriya la sampai berjuta... nak propa tu sikit2 da ler...
hahahhaa....
Quote dino 5-4-2021 11:00 AM
anony-mous replied at 5-4-2021 09:18 AM
Retis suam2 kuku mcm ni pon mampu 6 biji kereta n modofied rm1J. Sbb tu malas nk tlg yg konon2 menga ...

klau dah ade aset income ttp lebihan bleh la enjoy..

ni mslh masa muda tgj femes mewah, tp ujung2 dah tua sewa ppr jah

ni pesan kat diri sendiri jugak
Quote hasniey 5-4-2021 11:24 AM
Walaupon org kata dia suam kuku tp tu skrg... dulu2 muka dia saje kt tv...ai dh la nympah sikit dgn dia ni... dulu2 mmg meluat la sbb semua tv ada muka dia.logik la kalau berduit.
Tp skrg mmg sendu.g la niaga sana.jgn smpai dah tua nnt minta2 bantuan
Quote cikmi 5-4-2021 01:36 PM
Logik kot byk duit sbb dulu2 asyik muka dia je keluar tv..walau bukan hero....
la ni je mcm dh kurang...
artis2 ni kalau x pandai manage duit, sayang tul la...jgn nnt bila tua2, bila dh sakit, br dok ckp duduk kt pprt la bagai.
Quote kakakpositifker 5-4-2021 01:54 PM
Bini dia kerja ke
Quote ctamira 5-4-2021 02:23 PM
lama x nampak dia berlakon skrg..
Quote Mulotkoyak 5-4-2021 03:39 PM
Scammer jugak kah??? Kih3
Quote wirazam 5-4-2021 03:47 PM
AbukRokok replied at 5-4-2021 09:55 AM
artis suam suam pun juta juta

artis mmg boleh kaya...pelawak yg biasa2 pun boleh pakai keter mewah

so memandangkan tgh covid nih, harapnya lebih ramai produser2 buat open casting utk rakyat2 yg nak jadi pelakon...mana tahu boleh dapat bakat mcm Pramlee ke etc etc

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top